Friday, July 1, 2011

Mentaliti


Gua memang fed up dengan mentaliti melayu tipikal ni. Kerja last minit. Mudah mengalah. Tidak yakin diri. Terlalu mengharap pada ketua.

Nasib semalam gua tidak ikut bini gua pergi sekolah. Memang free la kena tembak dengan mulut gua. Peduli ape kalau lu lebih tua dari gua. Kalau mentaliti macam taik.

Punah harapan aku nak movie marathon sebab..haaa..ini lagi satu..malas nak cerita, jahanam pahala hari jumaat aku.

Wednesday, June 29, 2011

Pazz Da Pizza



Lupakan PizzaHut dan Domino's. Kita ada Pazz Da Pizza. Aku nak review pasal pizza ni. Walaupun makan dua kerat dan berkongsi dengan bini aku.haha. Memang berbaloi serta murah. Roti pizza dia pun lembut cuma aku suka yang roti nipis.


Siap delivery lagi tu area Pasir Gudang. Semalam balik main bola setelah score dua gol dan assist satu, nampak bini aku tengah berbuka puasa. So aku join sekaki teman bini aku makan. Nampak pizza, aku mati-mati ingat bini aku pergi beli kat Pizza Hut. Sekali bini aku cakap Pazz Da Pizza, aku pernah dengar sebab ada orang post pasal pizza ni pada Facebook.

Pizza yang bini aku bawa balik tu perisa ayam dan daging. Aku tidak pasti nama saintifik pizza tu tapi aku dapat rasa daging dan ayam kisar. Much better dari Pizza Hut roti dia. Untuk maklumat lanjut sila pergi ke blog Pazz Da Pizza.

update: Ahad kedai tutup..haha..

p/s: agak-agak aku dapat voucher tak promote Pazz Da Pizza ni?..haha..ikhlas-ikhlas=)

Tuesday, June 28, 2011

Latar Belakang Album Transformer: Dark of the Moon - Iridescent


Tahukah anda pereka latar belakang album Linkin Park untuk filem Transformer : Dark of the Moon iaitu "Iridescent"adalah seorang rakyat Malaysia? Tahniah kepada Wan Muhammad Azzim.

Monday, June 27, 2011

Cisco Catalyst 2960


Kali terakhir aku configure switch Cisco masa belajar di UM. Lepas kerja hanya dapat configure switch 3COM yang guna terma tag menggantikan vlan yang diguna pakai Cisco. Company baru beli switch Cisco Catalyst 2960 48-port dan aku kena configure sebab aku ada Cert CCNA yang sudah expired. Kalau nak supplier configure confirm kena cas lebih so aku kena configure switch ni.


Sekarang tengah fahamkan configuration semua switch dalam kilang ni. kena set VLAN, IP interface setiap VLAN serta bermacam lagi. Sangat suka sebab sudah lama tidak asah ilmu configure Cisco switch. Boleh buat video streaming guna switch ni.haha..Video streaming ni CCNP punya lab tapi lecturer aku ni 'ayahanda' dalam komuniti Cisco di Malaysia so Dr Ling(nama lecturer aku) ajar based on pengalaman.

Memang best belajar dengan dia walaupun strict+garang. Aku pernah kena halau dengan Dr Ling ni sebab tidak bawa network cable masuk lab.haha. Tapi aku tidak berdendam dengan dia sebab apa yang dia lakukan adalah untuk kebaikan aku. Sepanjang belajar di UM aku kena halau dua kali. Dengan Dr Ling tu yang kedua, pertama dengan Encik Bad. Masa lepas kena halau tu macam down nak tukar course terus tapi lepas difikirkan balik. Mereka hanya nak aku jadi orang berguna.

Gambar di atas ni 24-port je. Yang aku configure 48-port. Semakin banyak port semakin banyak kerja-kerja configurasi perlu dilakukan..ok ini tipu.haha..

Wednesday, June 22, 2011

Perbezaan Windows 7 : Home Premium x Professional x Ultimate.



Windows 7 mempunyai lima keluaran iaitu Starter, Home Basic, Home Premium, Professional dan Enterprise/Ultimate. Kebanyakkan pejabat hari ini akan guna Windows 7 Professional untuk menggantikan Windows XP. Windows 95?!..Hilang akal apa tanya pasal OS tu..haha..

Sekarang DELL, HP dan pengeluar komputer lain sudah tidak menawarkan OS Windows XP lagi sebaliknya hanya Windows 7. Kalau nak down-grade ke Windows XP kena ubah sendiri dan perlu liaise sendiri dengan Microsoft.

Mari kita lihat perbezaan keluaran Windows 7 ni. Siapa yang MUET band 4 boleh baca jadual di bawah OK. MUET aku?..Tidak perlu korang tahu sebab itu bukan urusan kau. Ada faham?!..Bagus. Sekarang mari sambung.


Faham tak penerangan jadual di atas? Aero tu mesti ada yang tidak faham. Fungsi Aero ni, contoh kita buka tiga empat MS Excel serentak. Bila kita letak tetikus pada icon Excel akan muncul preview kecil MS Excel tu. Home Premium ke atas sahaja yang offer fungsi ini.

p/s: tahukah anda kesibukan isteri berkadar terus dengan kesibukan suami. Tetapi kesibukan suami berkadar sonsang dengan kesibukan isteri.

Monday, June 20, 2011

Cuci Mata



Semalam lepas majlis cukur rambut anak Biskut, aku anak beranak pergi show house Taman Scientex untuk memenuhi masa lapang di hujung minggu. Sekali tertarik dengan rumah model Lily sebab ada 1 bilik pada ground floor.

Masih ada lagi satu unit untuk corner lot. Akak aku kerja sales kat Scientex tu so senang aku nak dapat info.haha..Masih lagi berkira-kira untuk beli atau tidak...

Pening sekarang!!!...

Saturday, June 18, 2011

Cara untuk melepasi laman disekat SKMM



Dengan menggantikan DNS anda kepada 8.8.8.8 dan 8.8.4.4.  Atau Google public DNS. Untuk pengguna Streamyx di rumah, anda perlu ubah DNS pada router supaya lebih mudah.