Saturday, July 3, 2010

Movie Predators 2010


Sekarang ni kalau hujan je mesti lebat. Ingat dulu masa zaman kanak-kanak. Misal kata la ada cerita menarik kat TV, esok pergi sekolah mesti akan jadi tajuk bualan. Tak kira la National Geography ke Predator ke.

Pertama kali aku tengok cerita Predator ni di TCS 5. Ini nama lama untuk MediaCorp. Memang tidak berkelip la mata tengok otot Arnold. Terus berangan nak badan macam Arnold. Bukan rancangan Hey Arnold ok. Pastu macam excited masa tengok darah Predator tu warna hijau muda glow-in-the-dark. Memang melangkaui batas pemikiran aku yang masih kanak-kanak.

Tapi kalau cerita-cerita menarik itu jatuh pada malam Jumaat....Mintak maaf la ye, arwah abah aku akan conquer TV tu tengok Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Aku memang tak berani nak lawan cakap abah aku ni. Gaya abah aku ni macam garang tapi dalam hati ada taman beb. Nak tak nak aku terpaksa gagahkan mata aku tengok. Ada hikmah juga aku tengok Forum Perdana tu. Masa tu Harun Din biase keluar. Pengacara dia mesti Ridhuan Tee.

Ok sambung balik pasal Predator ni. Tapi aku paling tak suka tengok Predator tidak pakai topeng. Sumpah macam mimpi ngeri. Aku ni masa kecik memang penakut nauzubillah. Tandas aku dah la luar rumah. Kalau malam rasa nak 'melepas' memang tahan sampai tak tertahan. Biasanya aku akan kejut kak Mimah, minah ni kalau tido memang tidur mati. Aku cubit banyak-banyak lai maintain je diulit mimpi. Lepas kalau teman aku macam tak ikhlas. Dia nampak aku dah masuk tandas zaasss...Pergi sambung tidur kat bilik. Aku pun sedap je melepas tanpa mengetahui tiada siapa menemani aku.


Tapi lepas aku tau taktik kotor kakak aku tu..tiap-tiap minit aku akan panggil kakak aku. Sambung pasal Predator ni. Nah tengok sendiri trailer dia.



p/s - sekali sudah pukul 5 lebih daaa..balik terus..

No comments: