dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Thursday, August 12, 2010
England 2-1 Hungary
Tak sia-sia jadi el-capitan, Steven Gerrard ni. Harap-harap boleh bawa Liverpool dengan performance macam friendly ni. Season lepas memang gampang. Sama macam season Liga Industri aku.haha.
Winner..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:02 AM
kategori
kebolasepakan
Tuesday, August 10, 2010
Sungai Dalam Laut
Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak, aku nak cerita hal yang islamik. Jadi, bulan ni tiada posting amarah atau yang sewaktu dengannya. Semua post adalah angin sepoi-sepoi bahasa.
Firman Allah, surah Fussilat(فصلت) ayat 53 - Nanti akan Kami perlihatkan kepada mereka ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami di ufuk-ufuk (tepi langit) dan pada dir mereka sendiri, sehingga teranglah bagi mereka bahawa, Al-quran ini sebenarnya (daripada Allah swt). Tidakkah cukup bahawa Tuhan mu menjadi saksi atas setiap sesuatu.
Faham tidak maksud ayat di atas?! Ayat ini memberitahu yang kejadian alam dalam dunia ini telah terlebih dahulu telah diterangkan dalam al-quran. Sebagai contoh pasal sungai dalam laut. Aku pernah dengar pasal ni sejak aku kecil lagi. Masa tu abang aku yang sulong yang kerja kat KL, balik Air Tawar 5 cuti. Masa tu la dia terangkan pasal sungai dalam laut ni. Tapi masa tu aku tak berapa nak ambil port pasal ni sebab masih budak kecil la katakan.Tengok video kat bawah ni.
Fiman Allah, surah Ar-Rahman( الرحمن ) ayat 19-20 - Dia kirimkan (adakan) dua macam laut (masin dan tawar) yang bertemu keduanya. (Tetapi) di antara keduanya ada dinding (sehingga) tidak bercampur keduanya.
Firman Allah, surah al-Furqan (الفرقان) ayat 53 - Dan Dia (Allah swt) yang mempertemukn dua jenis laut, yang sejenis sangat tawar airnya dan sejenis lagi masin airnya, dan Dia adakan dinding dan larangan yang terlarang di antara keduanya.
Air laut masin kerana ia tidak mengalir seperti air dalam sungai. Ia akan berkurang selepas mengewap tetapi zat galian akan tetap tinggal dalam laut. Bila proses ini berulang, zat galian tertinggal dalam laut akan menjadikan laut masin. Sebab tu Laut Mati kat Jordan tu masin yang amat.
Saintis British baru jumpa sungai ke-6 terbesar di dunia bawah Laut Hitam. Sungai Thames pun kalah. Sungai siap ada air terjun tu.
Sungguh menakjubkan ciptaan Allah swt.

Monday, August 9, 2010
Ramadhan Menjelma..Jual kek?
Insyallah kita akan berpuasa lusa. Oven yang aku betulkan sudah berfungsi seperti sediakala. Berbaloi satu ratus lapan puloh hengget aku laburkan untuk baiki(ini ayat Shauqi). Kek pertama adalah kek butter.
Letih+pening lepas setelkan Indoor Games kilang aku. Main carrom dan dart je pun. Dia punya bising...pergh...lagi-lagi yang main carrom. masuk sebiji dia punya jerit..sabar je la. Macam-macam kontroversi, dengan aku yang tak berapa nak kawal budak-budak kilang aluminium ni. Pukul 7 malam baru habis. Aku main carrom dapat nombor empat. Jadi la.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Thursday, August 5, 2010
Perang blog
Memang canggih giler zaman sekarang ni bak hang. Dengan hanya menggunakan blog pun boleh bergaduh. Owh..ini tidak lawak OK. Ini benar-benar terjadi. Berlaku terhadap blogger yang pernah keluar surat khabar lagi. Aku pun tidak pasti macam mana jari-jemari lincah menekan papan kekunci. Tiba-tiba terjumpa pasal ni.
Sebab minggu ni aku punya ke'amarah'an agak FULLBAR, aku nak cerita pasal marah. Marah?!..Semua orang ada perasaan marah. Yang membezakan adalah cara kita mengawal kemarahan kita. Ambil wudhu' juga adalah salah satu cara menenangkan hati yang marah. chewah...bukan main lagi..aritu baru lepas geram kat Dr Venkat.haha...Ok la dari aku kasi penumbuk atau pelempang sedas dua.
Memang canggih sekarang ni. Bertepuk tampar lempang tumbuk dalam blog je. Apahal aku nak menyibuk pasal perang blog ni?!..Sebagai pengajaran. Sebab aku pernah komen blog allahyarham Nurin Jazlin pasal Jazimin aka ayah allahyarham. Aku komen supaya Jazimin di siasat. Lepas tu...kena hentam gila-gila. Dah mintak maaf pun still bertalu-talu kena 'khutbah'..bukan buka pekung di dada tapi nak beri pengajaran..haha.masa tu awal-awal blogging. memang kaw-kaw aku kena. Lepas kes ni. Aku agak berhati-hati memberi komen.
Dah mintak maaf pun masih ada yang tak puas hati walaupun Encik Jazimin secara terbuka dah maafkan aku. Kes Nurin ni sampai sekarang buntu. OK sambung balik pasal gaduh via blog ni. Aku pun tidak berapa nak faham apa yang dieorang gaduhkan sangat tapi kalau korang faham sila kasi tahu sama aku. Aku punya 'enjin' memang lambat nak panas.
Sampaikan ada yang jadi mangsa keadaan bak kata pepatah, merak sama merak bergaduh kupu-kupu tersepit di tengah-tengah. Aku menggunakan merak serta kupu-kupu sebab ia melambangkan wanita..haha..
Ni adalah link yang gaduh serta kupu-kupu yang tersepit.
ni pula pasal kat blog allahyarham Nurin Jazlin.
aku guna nama soul krasty.
Password?!!..sila skrol ke bawah...
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:52 AM
kategori
pendidikan
Tuesday, August 3, 2010
Pelajar serang guru - Guru perlu ilmu pendinding pelajar
Memang berderau darah aku. Mak buyung aku tu guru. Presiden NUTP, Hashim Adnan pula baking pelajar. Apa lancau la!!. Aku pun pernah jadi pelajar. Guru aku pun dulu ada jugak yang macam gampang. Setakat maki-hamun tu dah lali. Apatah lagi lari satu sekolah..Tapi aku tahu, ada pengajaran disebalik tindakan guru tu.
Profession guru sekarang aku tengok tak macam dulu. Aku tidak dapat sense martabat guru sekarang tidak dipandang tinggi. Aku peduli apa pelajar salah atau guru salah. Guru pun berani tumbuk tak kan tindakan denda berdiri atas kerusi tak boleh Hashim Adnan?!..Hashim Adnan ni boleh geng-bas-sekolah dengan pengetua sekolah mak buyung aku. Asik menangkan murid sampaikan kerja kursus pelajar yang tidak buat, guru yang PAKSA-RELA buat demi menjaga reputasi sekolah atas arahan pengetua. wadefak.
Minggu ni memang tiada angin sepoi-sepoi bahasa dalam diri aku. Mana tak nya, pengetua dan GPK sekolah mak buyung aku ambil cuti tanpa rekod. Guru lain nak mintak pelepasan teman suami(tentera) untuk satu event punya la susah sampai guru tu cakap,"Kalau puan tidak luluskan cuti saya, maka puan telah merosakkan rumahtangga saya". Baru nak luluskan. Lagi satu, GPK sekolah bini aku selalu mereliefkan diri dia sendiri dan guru yang biasa mereliefkan kelas dia adalah guru yang belum sah jawatan. ni memang wadefak. Macam mana sekolah nak maju. Cakap bukan main lagi. Sayang sekolah la, timing bersalin masa cuti sekolah la..tak nak pelajar ketinggalan la. memang cakap-tak-serupa-bikin la.
Pengetua pulak macam suka lepas tangan dengan masalah disiplin pelajar. Apesal aku pulak yang berangin?!..Aku wakilkan untuk mak buyung aku. Lagipun kata laki bini, sehati sejiwa seJAWA.
Kesimpulannya..Guru perlu belajar ilmu silat sampai terbang-hilang macam cerita Arjuna. Sekian.

9:45 PM
kategori
kegampangan,
kekerjaan,
kesedihan,
ketidakpuashatian,
pendidikan
Jadual Waktu Imsak serta Berbuka Ramadhan 1431 - Kota Tinggi, Mersing dan Johor Bahru
Ini perlu di print bagi memudahkan umat akhir zaman berbuka puasa. Dulu masa kanak-kanak dalam pukul 6 aku akan tengok waktu berbuka puasa bagi kawasan seluruh Malaysia. Tercongok depan TV sambil membandingkan kawasan mana yang buka awal dan sahur paling lambat. Terus berangan nak sahur kat kawasan paling lambat masuk subuh dan berbuka di kawasan paling awal masuk maghrib. Jho Low pun bangkrup kalau dia tu nak realisasikan angan-angan aku ni.
Monday, August 2, 2010
Kucing hilang vs Cincin kahwin hilang serta lawak mak buyung
Semalam..
Aku tanya mak buyung aku cincin kahwin aku mane. Selongkar punya selongkar..Tak jumpa. Suruh Aten cari kat rumah Segamat pun tak jumpa.....nanti la cari..
Awal pagi tadi..
aku bangun sebab si CT kejut aku. So aku keluarkan dia. Lepas tu hujan lebat pagi tadi. Lepas subuh si CT masih tidak dapat dikesan. Aku macam tak kesah sangat sebab si CT ni adventurous sikit. Dalam pukul 7 lebih baru CT balik dan masa tu hujan dah renyai-renyai. Masa ni mak buyung pun macam tak kisah sebab kitaorang tahu CT ni perangai camne.
Kitaorang sambung tidur lepas sarapan...Dalam pukul 10.30 Tehcik pulak takde. Masa ni aku tengah mandi mak buyung selamber terjah bilik air suruh cari Tehcik.haha..So aku pun mandi koboi. Kebetulan ada sekumpulan budak-budak pun cari kucing dieorang hilang. Budak-budak ni pulak selamber terjah buka gate rumah aku dengan tak bagi salam. Bini ku buka pintu dan tanya kenapa. Selamber budak-budak ni tanya, "acik ada ambil kucing kitaorang ke?". Agak barua jugak budak-budak ni. Masa ni aku tengah mandi.Mak buyung dah fikir macam-macam dah masa ni.
Lepas aku mandi terus start motor ronda cari si Tehcik ni. Tiada hasil. Masa ni mak buyung dah menjejeh-jejeh air mata. Aku ronda kali kedua...Masih tidak jumpa. Balik-balik je mak buyung makin teruk gembeng dia. So aku start kereta bawa mak buyung cari sekali. Baru aku reverse kereta keluar rumah..Si Tehcik ni tiba-tiba muncul dari belakang kereta aku.
So..mana lebih penting?kucing atau cincin kahwin?haha...no komen.
Lawak yang tidak lawak mak buyung.
Lepas si Tehcik balik, aku dan mak buyung terus shopping barang-barang baby. Tengah-tengah shopping mak buyung boleh pulak nak kencing. Lepas dah kencing tu tiba-tiba mak buyung cakap ada something keluar dari tutt...aku suruh mak buyung pergi tandas balik check. Dalam 5 minit lepas tu mak buyung aku call. Kau nak tahu dia cakap apa?!.."Kepala baby dah keluar sikit"..Apa perasaan kau kalau berada di situasi macam ni?!..aku dah fikir sekuriti serta polis hospital...Sekali ada orang tepuk aku dari belakang..Tu dia bak hang.mak buyung tergelak-gelak...
Geram lawak..rasa nak lempang laju-laju mak buyung aku ni..haha...dalam kereta masa OTW balik gelak non-stop pasal lawak tadi..
sekian.

11:17 AM
kategori
famili,
kekeluargaan,
kelawakan,
rumahtangga,
xtvt kehidupan
Subscribe to:
Posts (Atom)