Pengenalan kepada Surah Kahfi
Musyrikin Mekah timbul rasa dalam hati mereka yang mungkin Nabi Muhammad itu memang seorang Rasul. Mereka takut juga kalau Nabi Muhammad itu benar seorang Rasul dan kalau mereka tak ikut, mereka dah buat satu kesalahan besar. Jadi bagaimanakah mereka nak pastikan benar atau tidak? Musyrikin Mekah kebiasaannya akan merujuk kepada pendita Yahudi. Ini kerana Kaum Quraish ini walaupun mereka ikut saki baki ajaran Nabi Ibrahim, tapi mereka tiada kitab rujukan. Mereka memandang tinggi kepada Pendita Yahudi dan dijadikan sumber rujukan mereka kerana mereka tahu yang Yahudi ada Kitab Taurat. Jadi mereka hantar rombongan kepada pendita Yahudi yang berada di Madinah masa itu. Dan bertanya macam mana nak tahu Muhammad itu benar atau bohong? Pendita Yahudi suruh mereka tanya kepada Nabi, tiga soalan. Kalau dia jawap dua dan tak jawap satu, maka dia adalah nabi yang sebenarnya.
Soalan pertama adalah tentang pemuda yang tinggal di dalam gua, soalan kedua tentang roh dan soalan ketiga tentang Zulkarnain. Maka mereka jumpa Nabi dan bertanya kepada Nabi soalan-soalan itu. Nabi pun jawap baginda akan memberikanjawapannya dan berdasarkan pengalaman baginda, selalunya akan mendapat jawapan esoknya, maka baginda suruh mereka untuk datang esok. Nabi tidak sertakan kata-katanya itu dengan ‘InsyaAllah’. Esoknya mereka datang dan Nabi senyap tak dapat jawap kerana baginda tidak mendapat wahyu lagi dari Allah. Hari-hari mereka datang jumpa Nabi dan mereka hina kepada Nabi. Mengikut riwayat, kejadian itu berlangsung selama antara 15 ke 17 hari. Nabi diuji Allah dengan tidak diberikan jawapan kepada soalan-soalan itu. Ini menunjukkan Nabi tak tahu ilmu ghaib. Selagi tidak diberitahu oleh Allah, baginda tidak tahu. Hanya tahu apabila Allah beritahu. Ini berbeza dengan kita sekarang, sampai ada yang boleh kata tok guru tahu ilmu ghaib, dengan tengok muka anak murid dah tahu apa yang anak murid itu buat. Itu termasuk syirik dalam ilmu. Nabi sendiri tak tahu ilmu ghaib, tapi bagaimana tok guru pula boleh tahu? Adakah tok guru itu lebih tinggi ilmunya dari Nabi?
Kelebihan Surah Al-Kahfi
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Ishaq, ia menceritakan ia pernah mendengar al-Barra’ bercerita, ada seseorang yang membaca surah al-Kahfi, sedang di dalam rumah terdapat binatang, tiba-tiba binatang itu pergi melarikan diri, lalu ia melihat dan ternyata awan atau mendung telah meliputi dirinya. Kemudian ia menceritakan hal itu kepada Nabi, maka baginda pun menjawap: “Bacalah surah al-Kahfi, kerana sesungguhnya ia merupakan ketenangan yang turun bersamaan dengan Quran, atau turun untuk al-Quran”.
Nabi juga pernah bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi, maka ia akan dilindungai dari (fitnah) dajjal.”
Imam Ahmad juga meriwayatkan dari Abu Darda’, dari Nabi: “Barangsiapa yang membacasepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, maka ia akan dilindungi dari finah Dajjal.”
Yang penting adalah supaya kita belajar tentang apakah pengajaran dalam surah ini untuk menyelamatkan diri kita dari fitnah Dajjal. Bukan hanya membacanya sahaja. Surah sebelum ini adalah tentang golongan Islam ini – bangsa Yahudi. Dan ayat-ayat dalam surah Kahf ini adalah tentang orang Islam seterusnya – umat Nabi Muhammad.
Dalam surah sebelum ini, didalam ayat terakhirnya, telah disuruh untuk kita membacakan Alhamdulillah. Dalam ayat ini, dimulakan dengan membaca Alhamdulillah – sebagai menjawap suruhan dalam surah sebelumnya. Itu adalah kaitan antara surah sebelum ini dan surah Kahf ini.
Dalam surah sebelum ini, di dalamnya ada tentang bagaimana Nabi Muhammad telah diberikan kehormatan yang amat tinggi dimana Nabi telah menerima wahyu dari Allah sendiri dalam proses Isra’ Mi’raj. Itu adalah ketinggian yang paling tinggi manusia pernah sampai. Selalunya, wahyu turun kepada Nabi. Dalam surah ini, dimulakan ayat pertama dengan menyebut Nabi Muhammad menerima wahyu cara biasa – wahyu diturunkan kepada baginda.
Dalam surah sebelum ini, Nabi dipanggil dengan panggilan عَبْدِهِ. Dalam surah ini, sekali lagi Nabi disebut dengan status itu. Status hamba kepada Allah adalah satu status yang tinggi. Sehinggakan Nabi Muhammad sendiri dipanggil dengan panggilan itu.
——————————————————————————————
Ayat 1:
Transliteration
al-ḥamdu li-llāhi lladhī ʾanzala ʿalā ʿabdihi l-kitāba wa-lam yajʿal lahū ʿiwajā
Sahih International
[All] praise is [due] to Allah , who has sent down upon His Servant the Book and has not made therein any deviance.
Malay
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
الْحَمْدُ لِلَّهِ
Pujian itu milik Allah; Segala pujian. Samada satu pujian, dua pujian atau semua pujian adalah milik Allah. Semua pujian itu adalah hak Allah. Orang lain pun dipuji juga, tapi semua pujian itu sebenarnya milik Allah. Kerana walau bagaimana pun kita puji makhluk lain, kita sebenarnya memuji Allah. Kalau kita puji seseorang itu cantik, sebenarnya kita puji Allah juga kerana Allah lah yang telah menjadikan orang itu cantik.
Allah telah memuji diriNya sendiri dalam ayat ini. Allah telah mengajar kita bagaimana cara untuk memuji DiriNya.
الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ
Zat yang menurunkan kepada hambaNya, kitab Quran; Lihatlah, apabila Allah berkata segala pujian itu milikNya, Nabi Muhammad yang menerima wahyu ini tidak disebut nama dan pangkatnya, hanya disebut perkataan ‘hambaNya’ sahaja.
Allah memuji DiriNya sendiri dalam ayat ini kerana Dialah yang menurunkan Quran yang mulia kepada Nabi yang mulia untuk disampaikan kepada umat. Quran itu adalah nikmat yang maha besar yang Allah berikan kepada makhlukNya. Dengan Quran itu dapat mengeluarkan manusia dari kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran.
Dalam ayat ini, kita bertemu tiga perkara pokok yang dibicarakan dalam Quran: Allah, Rasul dan Kitab. Allah menurunkan Kitab (Quran) kepada manusia melalui HambaNya (Nabi Muhammad). Dan Allah memuji DiriNya kerana Dialah yang menurunkan Kitab itu. Pujian bukanlah kepada Quran itu kerana ianya diturunkan Allah. Begitu juga para Nabi semua menjalankan tugas mereka yang telah diberikan oleh Allah. Segala pujian adalah hanya kepada Allah. Kerana kalau kita memuji sesiapa atau apa sahaja, ianya akan kembali kepada Allah. Maka ini, juga mengajar kita merendahkan diri kita kalau ada seseiapa yang memuji kita, kerana kalau ada apapun yang baik pada diri kita, ianya adalah dari Allah semata-mata.
Allah hendak mengingatkan manusia bahawa Dialah yang menurunkan wahyu itu kepada Nabi Muhammad. Quran itu bukan datang daripada selain Allah taala. Jadi, jangan kita ambil mudah dengan Quran ini. Ianya datang daripada Allah.
وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا
Dan tidak mungkin sama sekali kamu dapati dalam Quran ini sebarang perselisihan. Ayat yang didepan dan dibelakang tidak ada perselisihan. Ayat dulu dan kemudian tidak ada perselisihan. Tidak ada langsung perselisihan dalam Quran itu. Berbeza dengan kitab agama lain yang mempunyai banyak sangat kesilapan dan kekeliruan di dalamnya. Quran memberi cabaran kepada manusia untuk mencari kesilapan yang ada dalam Quran. Cabaran itu diberikan dari dulu lagi, tapi tidak ada yang dapat mencari kesilapannya kerana tidak ada. Itulah yang hendak disampaikan dalam ayat ini.
Dari segi bahasa, perkataan عِوَجًا itu bermaksud kebengkokan. Contohnya, jalan yang benjol-benjol boleh dipanggil عِوَجًا. Begitu juga kekurangan yang ada pada manusia. Contohnya, seseorang yang berjalan bengkang bengkok. Ia juga bermaksud sesuatu yang tidak jelas, tidak boleh difahami. Sebagai contoh, ada orang yang bila bercakap dengan kita, akhirnya kita tak faham dia nak beritahu apa dengan kita. Tidak begitu dengan Quran. Apa sahaja yang Quran sampaikan, ada maksud yang hendak dibawa oleh ayat-ayat Quran itu. Ianya membawa kepada jalan yang lurus.
———————————————————————————
Ayat 2:
Transliteration
qayyiman li-yundhira baʾsan shadīdan min ladunhu wa-yubashshira l-muʾminīna lladhīna yaʿmalūna ṣ-ṣāliḥāti ʾanna lahum ʾajran ḥasanan
Sahih International
[He has made it] straight, to warn of severe punishment from Him and to give good tidings to the believers who do righteous deeds that they will have a good reward
Malay
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
قَيِّمًا
Quran itu teguh maknanya; Lurus cara penyampaiannya. Perkataan قَيِّمًا itu bermaksud sesuatu yang berdiri tegak. Ianya terus berdiri tegak membawa manusia kearah jalan yang lurus. Quran itu tidak dapat diubah. Ia akan tetap memberikan peringatan kepada manusia. Ini adalah bandingan dengan kitab-kitab lain sebelum Quran. Kitab-kitab itu telah diubah oleh pemuka-pemuka agama sebelum Islam. Oleh kerana ianya telah diubah, maka penganut-penganutnya telah jatuh sesat. Quran akan tetap berdiri tegak, dari dahulu sampailah ke akhir zaman.
Tentu kita ingat dalam solat kita setiap hari, kita akan berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kita ‘siraatal mustaqim’. Maka, dalam ayat ini, diberitahu kepada kita bahawa untuk mendapat jalan yang lurus adalah melalui Quran.
لِيُنْذِرَ
Supaya Nabi memberi ancaman; ancaman apakah yang dimaksudkan?
بَأْسًا شَدِيدًا
Ancaman azab yang pedih; bagi sesiapa yang tolak tauhid. Iaitu mereka yang tolak pengesaan kepada Allah taala. Dan bagi mereka yang tidak mengambil peringatan dari Quran. Tidak mengendahkan langsung apa yang hendak disampaikan oleh Allah. Kepada mereka, akan diberikan azab yang amat pedih. Itu adalah balasan di akhirat kelak.
Ada satu lagi maksud lain. Perkataan بَأْسًا bermaksud kesusahan dan kepayahan. Samada dari segi ekonomi atau sosial. Dalam keadaan yang berat, ia boleh juga melibatkan peperangan. Apabila ada peperangan, macam-macam kepayahan akan dirasai oleh manusia. Ulama berpendapat ianya adalah kepayahan yang timbul dari fitnah Dajjal dan kesiksaan yang timbul darinya.
Allah tambah lagi perkataan شَدِيدًا dalam ayat ini, menambahkan lagi kehebatan dugaan itu. Ini bukan dugaan yang main-main.
مِنْ لَدُنْهُ
Daripada sisiNya; Di Mahsyar nanti. Dari sisiNya itu bermakna tidak ada yang dapat memberi siksaan seperti siksaanNya dan tidak ada pula yang boleh mengikat seperti ikatanNya.
Allah menggunakan perkataan لَدُنْهُ dalam ayat ini. Ada perkataan yang hampir sama – عند (inda). Dua-dua bermaksud ‘disisi’. Tapi perkataan لَدُنْهُ lebih kuat lagi. Kerana kalau kita gunakan perkataan عند, ia bermaksud seseorang itu ada sesuatu, tapi tidak semestinya dia ada benda itu bersamanya sekarang. Tapi kalau perkataan لَدُنْ digunakan, ia bermaksud seseorang itu ada sesuatu itu dan sedang ada bersamanya. Ini bermaksud, fitnah Dajjal itu pasti akan terjadi. Ianya tidak dapat dielakkan lagi. Kerana ianya adalah dari sisi Allah taala.
Berita tentang fitnah Dajjal ini diberikan kepada semua manusia, bukan kepada orang Islam sahaja.
وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ
Dan akan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman sempurna; orang mukmin adalah orang yang tidak buat syirik kepada Allah. Atau kalau dia pernah buat tanpa sengaja kerana dia tidak belajar lagi, dia telah bertaubat. Kerana banyak orang telah buat syirik kerana mereka tidak belajar. Mereka tidak tahu pun bahawa apa yang mereka lakukan selama itu adalah syirik. Mereka sangka dulu apa yang mereka buat itu adalah dari ajaran Islam, tapi sebenarnya tidak. Dan apabila kita membawakan dalil-dalil yang sahih dari Quran, mereka terima dengan rela hati. Mereka yang beriman adalah mereka yang beriman dengan ajaran dari Quran.
الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ
Iaitu orang orang yang melakukan amal soleh;
Orang yang beriman dalam hatinya, akan mudah untuk melakukan amal-amal yang soleh. Kerana mereka tahu bahawa iman bukan hanya dalam hati sahaja, tapi akan dizahirkan dalam amal perbuatannya.
Amal soleh adalah amal ibadat yang dibuat mengikut sunnah Nabi atau Quran. Amal selain dari itu akan ditolak. Iaitu amal-amal yang tidak ada dalil yang sahih. Amalan sebegini tidak diterima. Inilah yang dinamakan bidaah. Iaitu amalan baru yang tidak ada diajar oleh Nabi Muhammad. Sekarang banyak amalan yang sebegitu. Tidak tahu dari mana asalnya. Kalau ada yang kata Allah akan beri pahala tanpa mereka membawakan bukti dari Quran atau Sunnah, itu adalah dusta kepada Allah.
Orang-orang yang amalkan bidaah sebenarnya adalah pendusta atas nama Allah. Kerana dia kata amalan itu boleh dapat pahala padahal Allah dan Nabi tak pernah cakap. Dan dia sebenarnya telah buat syariat sendiri. Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa amalan bidaah adalah mereka yang mengambil tugas Nabi. Sepatutnya amalan syariat disampaikan oleh Nabi sahaja, tapi mereka telah ambil tugas Nabi dan buat syariat sendiri. Sesiapa yang buat syariat sendiri, dia akan masuk neraka tak keluar-keluar sampai bila-bila.
Lihatlah perkataan yang digunakan oleh Allah: orang beriman yang beramal soleh. Selalunya, Allah menyebut orang beriman sahaja. Tapi dalam ayat ini, tidak cukup dengan hanya beriman sahaja. Orang itu mestilah juga beramal soleh. Ini adalah kerana dugaan yang akan diberikan kepada manusia itu adalah amat berat, sampaikan kalau hanya beriman sahaja tidak cukup – kena beramal soleh juga.
أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
Bagi mereka pahala yang baik; Iaitu kepada yang beriman dan mengamalkan amalan yang soleh, yang datang dari Nabi, mereka akan mendapat balasan syurga. Tidak jelas bahawa balasan yang diberikan itu adalah balasan di akhirat. Kerana ayat yang digunakan adalah ‘pahala yang baik’. Tapi dalam ayat yang seterusnya, Allah menyebut bahawa mereka yang mendapat balasan itu akan kekal ‘selamanya’. Oleh itu, tempat yang kekal itu hanya di syurga. Jadi, dari sini kita boleh faham bahawa balasan yang dimaksudkan adalah balasan di akhirat kelak.
Mereka akan mendapat balasan itu di akhirat kelak. Bukanlah ianya menidakkan mereka akan mendapat balasan juga di dunia. Kerana, Allah boleh memberi balasan yang baik semasa di dunia lagi. Kerana orang yang ada iman dalam hatinya, akan berasa tenang sahaja. Mereka tidak ada kerisauan dalam dunia ini kalau mereka berharap hanya kepada Allah.
Tapi, yang pasti seseorang yang beriman dan beramal soleh, pasti akan dapat balasan baik itu di akhirat kelak. Balasan di dunia, belum tentu lagi. Kerana kadang-kadang semasa kita di dunia, banyak halangan dan dugaan yang kita kena hadapi. Oleh itu, kita jangan berharap sangat akan dapat balasan di dunia. Dan jangan kita sedih kalau kita tidak dapat balasan di dunia. Kerana tidak semestinya Allah akan balas balasan baik itu di dunia.
Balasan yang baik itu hanya kepada orang mukmin yang beramal ibadat yang soleh sahaja.
————————————————————————————–
Ayat 3:
Transliteration
mākithīna fīhi ʾabadan
Sahih International
In which they will remain forever
Malay
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
Mereka tinggal dalam syurga itu kekal selama-lamanya; Mereka bukan tinggal sekejap-sekejap sahaja. Mereka akan tinggal dalam syurga menikmati segala kemewahan yang tidak pernah terbayang dalam akal fikiran. Hasil dari usaha baik yang mereka lakukan dan iman yang tidak bercampur dengan syirik kepada Allah.
Menarik sekali perkataan مَاكِثِينَ yang digunakan. Ia bermaksud ‘menunggu-nunggu dengan mengharap’. Seperti kalau kita tahu kita akan mendapat hadiah, kita tunggu dengan tidak sabar. Begitulah yang dimaksudkan. Ahli syurga sentiasa dalam keadaan macam itu. Manusia memang sukakan benda-benda yang baru. Sebab itu kita suka mencuba benda-benda yang baru. Masakan yang baru, permainan yang baru, baju yang baru dan sebagainya. Ianya memberikan kegemberiaan kepada kita. Kita akan bosan dengan sesuatu perkara kalau selalu kita dapat atau selalu kita buat. Jadi, ahli syurga akan tinggal dalam syurga selama-lamanya. Memang mereka akan mendapat nikmat yang tidak dapat dibayangkan semasa di dunia ini. Tapi kalau sentiasa dapat sesuatu benda itu, walaupun ianya memang hebat, tapi lama-lama akan bosan juga dengan benda itu. Tapi Allah memberitahu dalam ayat ini bahawa penghuni syurga akan tertunggu-tunggu untuk melihat apakah yang mereka akan dapat. Allah akan menambah dengan memberi benda baru. Jadi, penghuni syurga tidak akan bosan sampai bila-bila. Mereka akan gembira sentiasa. Maknanya, bukan sahaja mereka akan tinggal selama-lamanya, tapi mereka akan dihiburkan dengan benda-benda yang baru.
————————————————————————————
Ayat 4:
Transliteration
wa-yundhira lladhīna qālū ttakhadha llāhu waladan
Sahih International
And to warn those who say, ” Allah has taken a son.”
Malay
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.
Dan supaya dengan Quran itu Nabi memberi ancaman kepada orang-orang yang kata Allah mengambil anak; Iaitu ‘anak angkat’. Kerana kita telah tahu bahawa Allah memang tak beranak. Tidak pernah beranak dan tidak mungkin akan beranak. Jadi anak yang dimaksudkan adalah ‘anak angkat’. Hendaklah kita dalam mengajar tafsir Quran ini memberi ancaman tentang mereka yang mengambil makhluk sebagai ‘anak angkat’ Allah. Apakah maksudnya?
Manusia banyak yang memberi pangkat kepada seseorang atau sesuatu. Mereka akan mengatakan sekian-sekian orang itu adalah ‘pilihan’ Allah taala. Contohnya, mereka kata orang itu adalah wali. Itu seumpama mengatakan orang itu ‘anak angkat’ kepada seseorang. Kerana kita tahu, kalau seseorang itu anak angkat kepada seseorang yang besar, tentulah dia boleh minta tolong kepada orang besar itu. Jadi, kita berkawan dengan dia kerana kita hendakkan kelebihan orang itu, kononnya.
Mereka sendiri yang memberi pangkat ‘anak angkat’ itu kepada makhluk itu walaupun Allah tak pernah cakap pun. ‘Anak angkat’ itu mereka gunakan dalam penyeruan, dalam doa dan dalam ibadat mereka. Kerana mereka rasa kalau mereka bodek ‘anak angkat’ Allah itu, Allah akan beri apa yang mereka minta. Contoh perbuatan ini adalah orang-orang Musyrikin Mekah yang menyembah malaikat kerana mereka kata malaikat itu adalah anak perempuan Allah. Ini dipanggil ‘perantaraan’ atau dalam bahasa Arab dipanggiltawasul.
Allah tidak mungkin beranak seperti yang disebut dalam surah al Ikhlas.
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
Dan Allah tidak mungkin mengambil anak angkat. Seperti yang disebut di dalam ayat 17:111.
Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”
Begitu juga disebut dalam Az Zumar:4.
Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya; Maha Sucilah Ia (dari menghendaki yang demikian). Dia lah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya.
Ayat dari surah Zumar ini mengatakan kalaulah Allah nak ambil ‘anak angkat’, tentulah Allah sendiri akan beritahu siapakah anak angkatNya. Kalau Allah nak ambil ‘anak angkat’, tentulah Allah akan pilih sendiri. Tapi tidak diberitahu di mana-mana sumber yang sahih bahawa Allah ada mengambil ‘anak angkat’. Jangan kita pandai-pandai nak beri pangkat ‘anak angkat’ Allah kepada sesiapa pun. Jangan kita kata sesuatu makhluk itu Allah sayang sampai kita kata kalau kita minta doa melalui dia, Allah akan dengar cakap dia. Tidak sama sekali. Kita kena minta sendiri kepada Allah. Tidak boleh pakai perantaraan.
Orang-orang musyirikin juga menyembah malaikat kerana mereka kata malaikat adalah anak perempuan Allah.
Lebih khususnya, ayat ini memperkatakan tentang penganut Kristian yang memang terang-terang mengatakan bahawa Nabi Isa/Jesus itu adalah anak Tuhan. Dalam surah Isra’ sebelum surah Kahf ini, perbincangan banyak berkenaan Bangsa Yahudi. Sekarang, surah Kahf ini memperkatakan tentang Orang Kristian pula.
—————————————————————————–
Ayat 5:
Transliteration
mā lahum bihī min ʿilmin wa-lā li-ʾābāʾihim kaburat kalimatan takhruju min ʾafwāhihim ʾin yaqūlūna ʾillā kadhiban
Sahih International
They have no knowledge of it, nor had their fathers. Grave is the word that comes out of their mouths; they speak not except a lie.
Malay
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ
Tidak ada bagi mereka sebarang ilmu; iaitu tidak ada dalil langsung yang mengatakan bahawa Nabi Isa itu adalah anak Tuhan. Mereka hanya ada-adakan sahaja. Persoalan itu dibahaskan dengan panjang lebar. Dan orang-orang Kristian terpaksa mengadakan-adakan banyak sekali alasan untuk memperbenarkan akidah syirik mereka itu.
Begitulah juga dengan masyarakat Islam kita sendiri yang mengamalkan perantaraan dalam doa-doa mereka. Tidak ada dalil dari Quran atau hadis tentang dakwaan mereka itu. Mereka cakap itu bukan dari dalil Quran atau sunnah, tapi adalah sangkaan mereka sahaja. Atau mereka akan kata orang itu dan orang ini pun buat juga. Itu adalah dalil yang amat lemah sekali. Tapi sedihnya, ramai orang yang ikut.
Allah gunakan perkataan مِنْ عِلْمٍ dalam ayat ini. Ia bermakna, mereka tidak ada dalil sikit pun. Bukan nak kata mereka tidak banyak dalil, tapi sedikit pun tidak ada.
Tidak ada ketetapan apa-apa pun dalam agama mereka sebenarnya untuk mengatakan bahawa Isa itu adalah anak Allah. Sebenarnya, bukan semua orang agama Kristian mengatakan bahawa Isa itu anak Tuhan. Kerana pernyataan itu adalah pernyataan yang baru. Yang dibentangkan dalam persidangan Nicea. Dalam persidangan itu, ada dua puak. Ada yang mengatakan bahawa Jesus adalah Nabi dan ada yang mengatakan Jesus adalah anak Tuhan. Maka, telah dijalankan undian, dan yang menang adalah puak yang mengatakan Jesus anak Tuhan.
وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ
Dan tidak ada dalil dari tok guru mereka; Dan tidak ada juga dalil dari tok nenek mereka. Tok nenek itu termasuk juga guru-guru mereka yang mengajar ilmu yang salah. Tok guru yang dulu-dulu itu pun dapat dari guru-guru mereka juga. Mereka cakap tanpa membawa bukti dalil yang sah.
Tapi kerana tidak ada ilmu, mereka terima sahaja tanpa usul periksa. Itu semua adalah bohong semata-mata. Ingatlah bahawa apa-apa ilmu ugama, kena bawa dalil dan dalil itu mestilah dari Quran dan dari hadis. Barulah dikatakan dalil yang boleh diterima. Tidak boleh kita nak terima hujah akal dalam hal agama. Akal manusia macam mana hebat pun tidak mampu mencapai pengetahuan sesuatu hal itu tanpa bantuan dan ajaran dari Allah. Alangkah sedihnya apa yang terjadi kepada masyarakat kita sekarang. Mereka hanya menerima tanpa usul periksa kata-kata dari ustaz-ustaz mereka. Pada mereka, apabila seseorang itu sudah digelar ustaz, kata-kata dia tentulah benar. Tidak semestinya begitu. Kalau guru yang benar, dia akan membawakan dalil yang sah.
كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ
Buruk sungguh perkataan celupar yang keluar dari mulut mereka; marah betul Allah dengan apa yang mereka katakan itu.
Allah gunakan perkataan كَلِمَةً. Ianya bermakna satu kalimat sahaja. Sebab, kalau kata-kata yang banyak, perkataan kalam akan digunakan. Ini bermakna, kalau cakap satu kalimat yang syirik sahaja sudah berat dah. Apatah lagi zaman sekarang yang macam-macam perkara syirik yang dikatakan dan diamalkan oleh masyarakat kita.
Besar sekali apa yang mereka kata itu. Ini bermaksud mereka memperbesarkan selain dari Allah. Musyrikin Mekah mengatakan Allah ada anak, iaitu malaikat-malaikat yang mereka kata mereka itu adalah perempuan. Kristian pula mengatakan Isa a.s. itu anak Allah. Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah. Apabila mereka mengatakan Allah ada anak, mereka membesarkan selain Allah dan merendahkan Allah. Iaitu mereka mengatakan Allah memerlukan anak untuk mentadbir alam ini. Seperti mengatakan Allah itu lemah, maka Allah memerlukan makhluk lain untuk membantuNya. Ma sha Allah! Itu adalah syirik yang besar.
إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
Tidaklah mereka mengatakan melainkan dusta semata-mata; ajaran mereka tentang menggunakan perantaraan itu adalah dusta semata-mata. Walaupun mereka berniat baik, tapi kalau tidak membawa dalil bukti, itu termasuk dusta. Kerana dalam mengajar hal agama, kena bawa dalil.
——————————————————————————–
Ayat 6:
Transliteration
fa-laʿallaka bākhiʿun nafsaka ʿalā ʾāthārihim ʾin lam yuʾminū bi-hādhā l-ḥadīthi ʾasafan
Sahih International
Then perhaps you would kill yourself through grief over them, [O Muhammad], if they do not believe in this message, [and] out of sorrow.
Malay
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ
Barangkali kamu akan membinasakan diri kamu Muhammad; Ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad atau kepada sesiapa yang menyampaikan tauhid ini. Kalau dulu semasa diturunkan, ayat ini ditujukan kepada Nabi. Iaitu Nabi amat bersedih dengan kaumnya yang tidak mahu menerima ajakan tauhid dari baginda.
Perkataan بَاخِعٌ bermaksud mengganggu emosi seseorang yang sampai kepada tahap boleh membunuh. Macam kalau kita memaki seorang yang sakit jantung, sampai dia mati. Ianya adalah ‘membunuh tanpa menggunakan senjata’. Nabi Muhammad atas kesedihannya, teruk sangat sampai boleh membawa kepada kematian.
Mufassir ada mengatakan bahawa Nabi sedih sangat kerana dia telah ditunjukkan dengan kesan-kesan buruk yang disebabkan oleh agama Kristian itu. Dalam ayat sebelum ini, memperkatakan tentang ajaran sesat Kristian yang mengatakan tentang mereka mengambil Nabi Isa sebagai anak Tuhan. Jadi, ayat itu adalah tentang agama Kristian. Dalam ayat ini, ada digunakan فَ dalam perkataan فَلَعَلَّكَ itu. Ini bermaksud, ayat ini adalah sambungan dari ayat sebelumnya.
عَلَىٰ آثَارِهِمْ
Atas kesan-kesan mereka; tidak mahu beriman. Ini adalah kerana Nabi hairan kenapa mereka tidak juga mahu beriman. Setelah dibawakan dalil-dalil bukti, mereka masih tidak mahu beriman.
Apakah kesan dari Kristian itu? Kita kena lihat sejarah untuk memahami apakah yang dimaksudkan oleh ayat ini. Pada Zaman Kegelapan Barat, yang memegang tampuk pemerintahan adalah golongan gereja. Mereka mengusai masyarakat Kristian yang tidak berilmu. Masyarakat menganggap golongan gereja inilah yang dapat menyelamatkan mereka. Tapi dalam masa yang sama, ada juga anak-anak muda yang telah pergi belajar ke negara-negara Islam seperti Andalusia dan sebagainya. Waktu itu, Islam telah maju dalam bidang sains.
Apabila mereka yang telah belajar di negara Islam itu pulang, mereka telah membawa kemodenan bersama mereka. Kemajuan itu telah menggugat kedudukan golongan gereja yang selama ini boleh memperbodohkan masyarakat waktu itu. Jadi, golongan gereja melihat golongan terpelajar ini sebagai satu perkara yang perlu disesarkan. Maka, mereka telah menggunakan kuasa mereka yang ada untuk menjatuhkan golongan terpelajar itu. Mereka telah membunuh mereka, membakar perpustakaan, buku-buku mereka dan sebagainya. Mereka telah mencipta alat-alat seksaan untuk menyeksa orang-orang sains. Mereka kata mereka buat itu adalah untuk menyelamatkan roh mereka supaya mereka selamat di akhirat kelak.
Golongan terpelajar itu telah melawan balik. Akhirnya mereka telah berjaya mendapat kuasa. Inilah yang dinamakan Zaman Renaissance. Apabila mereka telah berkuasa, mereka telah menundukkan kuasa agama. Kerana mereka telah lihat bagaimana bahayanya orang agama kalau mereka berkuasa. Mereka tidak memusnahkannya terus. Cuma mereka merendahkan kedudukannya untuk kegunaan peribadi sahaja. Dalam hal-hal peribadi, boleh pakai agama, tapi dalam hal lain, kena pakai intelek manusia. Inilah konsep sekular. Inilah permulaan konsep sekular diperkenalkan dalam dunia.
Hasilnya, masyarakat semakin jauh dari agama. Tiada lagi kebergantungan kepada Tuhan. Mereka memandang bahawa dalam hal kehidupan, mereka hanya gunakan intelek sahaja. Agama sudah tidak ada lagi kesan dalam kehidupan. Hanya digunakan dalam hal-hal tertentu sahaja.
Model ini telah dibawa kepada negara-negara yang mereka jajah. Mereka juga telah menjajah kita dahulu. Konsep ini telah diterapkan dalam masyarakat kita. Oleh kerana itu, hal-hal agama hanya dalam perkara tertentu sahaja, seperti nikah kahwin, kematian, khitan dan sebagainya. Tapi hal undang-undang, pemerintahan dan hal-hal yang penting, bukan diambil dari agama lagi.
Itulah yang Nabi sedih sangat. Kerana baginda telah ditunjukkan kesan kerosakan yang dibawa oleh golongan Kristian itu. Asalnya agama mereka telah sesat. Mereka merosakkan lagi keadaan dengan menentang kemajuan sains yang dibawa oleh golongan terpelajar itu. Itu adalah kerana agama Kristian menolak kemajuan kerana ianya memang agama yang sesat. Kemajuan tidak boleh duduk bersama dengan agama Kristian. Lain dengan agama Islam. Islam tidak ada masalah dengan logik akal dan kemajuan sains. Tapi kerana kesan kesesatan ahli agama Kristian itu, semua agama telah terpalit dengan kebodohan mereka itu.
Produk yang mereka keluarkan adalah materialism. Mereka hanya memandang hal luaran sahaja. Mereka tidak mementingkan Tuhan lagi. Mereka hanya mahukan keseronokan dan bagaimana hendak memberi nikmat kepada badan sahaja. Tidak kepada batin lagi. Manusia sudah tidak melihat kepada kehidupan selepas mati, tapi hanya mementingkan kehidupan keduniaan sahaja. Nafsu tubuh badan dipuaskan semaksima mungkin. Kesan ini telah menyerap masuk ke dalam masyarakat Islam sendiri.
إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ
Tidak mahu beriman kepada Quran ini.
Perkataan الْحَدِيثِ merujuk kepada Quran. Dari segi bahasa, ianya adalah bermaksud ucapan. Quran dirujuk juga sebegini kerana ia disampaikan dari orang ke orang yang lain dengan cara ucapan. Iaitu dibacakan kepada mereka. Quran akan tetap teguh dengan cara begini. Quran perlu dihidupkan dengan manusia bercakap tentang ayat-ayat Quran. Nabi takut manusia sudah tidak bercakap tentang Quran lagi. Itulah sebabnya baginda takut dan sedih.
أَسَفًا
Kerana sedih; Nabi rasa macam nak membinasakan diri baginda kerana baginda sedih sangat. Tidaklah Nabi membinasakan diri baginda. Tidak berlaku pun begitu. Nabi kehairanan kenapalah mereka tidak mahu beriman? Macam kita sekarang hairan kenapa banyak manusia yang bertawasul ini? Padahal tidak ada dalil pun perbuatan mereka itu. Apa mereka buat itu dah seperti orang kafir, macam Kristian, Hindu dan penganut Buddha dah. Tapi kerana mereka tidak belajar, mereka tidak nampak kesalahan yang mereka buat itu. Mereka hanya mengikut sahaja ajaran guru-guru mereka tanpa usul periksa.
Perkataan أَسَفًا bermaksud satu jenis kesedihan yang kita alami dan kita tahu kita tidak berbuat apa-apa tentangnya. Nabi sedih kerana apabila perkara itu terjadi, dia tidak ada lagi dalam dunia untuk melakukan apa-apa. Yang ada ditinggalkan adalah Quran sahaja. Jadi, hendaklah kita jadikan Quran itu sebagai pedoman kita untuk mengelakkan kita dari terjerumus ke dalam lembah materialism itu.
the one who kills: بَاخِعٌ
their footsteps: آثَارِهِمْ
narrations: الْحَدِيثِ
grief: أَسَفًا
———————————————————————————-
Ayat 7:
Transliteration
ʾinnā jaʿalnā mā ʿalā l-ʾarḍi zīnatan lahā li-nabluwahum ʾayyuhum ʾaḥsanu ʿamalan
Sahih International
Indeed, We have made that which is on the earth adornment for it that We may test them [as to] which of them is best in deed.
Malay
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ
Sesungguhnya Kami menjadikan makhluk-makhluk yang ada diatas bumi;termasuk bumi dan segala yang ada di dalamnya. Dengan emas dan permatanya, tanamannya dan segala hasilnya. Semua itu adalah ‘makhluk’ – yang dijadikan.
زِينَةً لَهَا
Sebagai perhiasan hidup di dunia sahaja; Supaya kamu dapat memilikinya. Kenapakah dijadikan semua itu? Dunia ini dijadikan sebagai tempat ujian sahaja. Bukan tempat tinggal yang kekal.
Dunia ini adalah sebagai tempat ujian. Dalam ayat sebelum ini, telah disebutkan tentang materialisma. Bagaimana manusia telah dirosakkan pegangan mereka sampai mereka hanya melihat perkara material sahaja. Mereka melupakan hal dalaman. Allah hendak mengingatkan bahawa semua material yang Allah jadikan di dunia ini adalah sebagai ujian kepada kita. Mereka yang mementingkan materialisma sahaja, akan memandang betapa cantiknya dunia ini dan melupakan hal-hal akhirat. Itu bermakna mereka telah gagal dalam ujian itu. Kita boleh gunakan dunia ini, tapi jangan sampai kita lupakan akhirat.
لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Supaya kami dapat uji mereka siapa yang antara mereka yang terbaik amalan mereka; Bukan nak lihat siapa boleh buat terbanyak, tapi أَحْسَنُ – yang terbaik. Molek kalau kita buat sikit sahaja ibadat, tapi dalam bentuk terbaik. Bukan buat sambil lewa sahaja. Maknanya, kita melebihkan kualiti dari kuantiti. Dan lebih baik lagi kalau kita buat banyak-banyak semampu kita.
Sekali lagi Allah menyebut tentang amalan. Dalam ayat kedua, Allah menyebut bahawa orang beriman itu mesti mengamalkan amalan yang soleh. Oleh itu, kita kena jaga amal ibadat kita dan pastikan bahawa amal ibadat itu adalah berdasarkan dari sumber yang sahih. Itulah amalan yang baik. Tidak berguna langsung kalau amalan itu banyak, tapi bukan diambil dari sumber dan nas yang sahih. Ianya bukan sahaja tidak membantu kita, tapi akan menjadi sebab pula untuk kita diazab di akhirat kelak. Kerana itu semua adalah amalan bidaah. Segala amalan bidaah adalah sesat. Tapi guru-guru yang tidak berilmu telah mengajar bahawa ada amalan bidaah yang dipanggil ‘bidaah hasanah’. Mereka tidak faham apakah maksud bidaah hasanah itu. Apabila mereka tidak faham, anak murid mereka pun tidak faham. Maka bercambahlah amalan-amalan bidaah dalam masyarakat yang mereka labelkan sebagai bidaah hasanah. Mereka tidak sedar bahawa bukan mereka yang sepatutnya menentukan samada ianya baik atau tidak, tapi Allah. Allah telah mengajar Nabi Muhammad tentang apakah amalan yang baik itu. Dan Nabi telah sampaikan kepada sahabat-sahabat baginda dan mereka telah sampaikan kepada kita.
Kalau kita hendak mendapatkan janji Allah supaya ditempatkan dalam syurga kekal abadi, maka hendaklah kita pastikan amalan kita itu adalah amalan yang terbaik. Itu semua akan kita dapati apabila kita belajar hadis-hadis yang sahih.
—————————————————————————–
Ayat 8:
Transliteration
wa-ʾinnā la-jāʿilūna mā ʿalayhā ṣaʿīdan juruzan
Sahih International
And indeed, We will make that which is upon it [into] a barren ground.
Malay
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا
Dan Kami akan jadikan apa yang ada dibumi itu,
Lihatlah penekanan yang Allah letakkan dalam ayat ini. Sudahlah ada perkataan إِنَّ, Allah tambah lagi dengan huruf ل sebagai penekanan lagi. Maknanya, tidak syak lagi, Allah akan buat. Jangan ada perasaan dalam hati kita yang Kiamat tidak akan berlaku. Ianya PASTI akan terjadi.
صَعِيدًا جُرُزًا
menjadi tanah yang rata bersih; Ini akan berlaku apabila kiamat nanti. Waktu itu, semuanya hancur, tidak akan ada apa-apa lagi dah yang akan tinggal. Sebenarnya, kalau bumi ini bergegar tak berhenti-henti, tanah bumi ini semua akan hancur dan masuk dalam laut dan bumi akan jadi rata. Tapi Allah telah jadikan bumi ini tidak bergerak untuk keselesaan kita dan keselamatan kita. Tapi pada hari Kiamat nanti, semuanya akan hancur dan tidak akan tinggal apa-apa lagi dah.
Perkataan صَعِيدًا bermaksud ‘mengumpulkan debu’. Kalau kita tinggalkan sesuatu tempat itu tidak berpenghuni, lama-lama debu sahaja yang akan menutupinya.
Perkataan جُرُزًا bermaksud ‘tandus’, tidak ada apa yang boleh tumbuh lagi disitu.
———————————————————————————–
Ada empat kisah yang akan disebutkan dalam surah Kahfi ini selepas ini. Diantara kisah-kisah itu ada pengajaran yang Allah akan ingatkan kepada kita. Kisah pertama adalah kisah Pemuda Kahfi. Daripada kisah itulah diambil dan dijadikan tajuk surah ini.
Cerita Pemuda Kahfi selepas ini terjadi selepas Nabi Isa a.s. diangkat ke langit. Sebelum diutus Nabi Muhammad. Pemuda-pemuda Kahfi itu adalah pengikut ajaran Nabi Isa. Kahfi itu bermakna ‘Gua’ iaitu tempat pemuda-pemuda itu menyembunyikan diri dari raja mereka yang sesat yang menyuruh mereka meninggalkan agama tauhid. Mereka adalah pemuda-pemuda yang pegang tauhid. Ini adalah kisah mereka.
Atau ada juga pendapat yang mengatakan kisah mereka ini terjadi sebelum agama Kristian lagi. Kerana kalau mereka agama Kristian, tentunya Pendita Yahudi tidak akan ambil kisah tentang kisah mereka ini dan tidak akan simpan maklumat tentangnya. Ini adalah kerana mereka amat tidak sefahaman dengan orang-orang Kristian. Tapi, kita boleh lihat bahawa apabila pemuka Quraish bertanya kepada mereka tentang samada Nabi Muhammad adalah nabi atau tidak, Pendita Yahudi itu mengeluarkan kisah Pemuda Kahfi ini untuk ditanyakan kepada Nabi Muhammad.
Ayat 9: Permulaan kisah Pemuda Kahfi
Transliteration
ʾam ḥasibta ʾanna ʾaṣḥāba l-kahfi wa-r-raqīmi kānū min ʾāyātinā ʿajaban
Sahih International
Or have you thought that the companions of the cave and the inscription were, among Our signs, a wonder?
Malay
Adakah engkau menyangka, bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ
Apakah kamu anggap penghuni gua itu,
وَالرَّقِيمِ
dan batu bersurat; Batu bersurat yang menulis kisah mereka. Atau yang menulis nama-nama mereka. Ianya adalah satu bentuk tulisan yang tahan bertahun-tahun lamanya. Boleh bertahan berkurun-kurun lamanya.
كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
adalah benda yang menjadi tanda-tanda Allah yang menakjubkan? Adakah kamu rasa tidur dalam gua itu beberapa tahus itu dah ajaib dah? Padahal Allah telah cipta semua yang ada dalam dunia ini, dari tiada kepada ada, lagi menakjubkan. Penciptaan langit dan bumi lagi menakjubkan. Padahal mereka yang Allah tidurkan itu adalah makhluk yang sudah wujud, cuma Allah tidurkan sahaja mereka. Bahkan ada banyak lagi perkara lain yang menakjubkan. Allah nak ingatkan kepada kita, jangan lupa melihat keajaiban lain dalam alam ini yang Allah telah jadikan.
Muqaddimah surah ini adalah tentang tawasul. Iaitu apabila Allah menjelaskan bahawa Dia tidak mengambil anak angkat. Sebelum itu cerita tentang Allah. Yang diberitahu dalam ayat itu adalah kita kena puji Dia. Dan kemudian, diceritakan tentang Quran. Berkenaan dengan lurusnya Quran itu. Dan kemudian diberitahu bahawa tugas Nabi adalah menyampaikan berita buruk dan berita baik. Maknanya, cerita dalam surah Kahf ini adalah tentang masyarakat yang sudah bertawasul dah waktu itu. Kalau kita sekarang bertawasul pula, maka kita pun macam mereka juga sebenarnya. Jadi cerita kesalahan yang dilakukan oleh manusia itu sama sahaja pada dasarnya dari dulu sampai sekarang.
Pemuda-pemuda itu dikatakan adalah anak-anak pembesar negara. Masyarakat waktu itu memang mengikut syariat agama tapi sudah melakukan syirik dengan mengamalkan tawasul. Macam Kristian sekarang pun, mereka bertawasul dengan Nabi Isa. Atau raja negeri itu telah syirik kerana sembah berhala. Dan pemuda-pemuda itu pegang syariat bahawa Nabi Isa adalah Rasul. Maka raja yang musyrik itu telah kata kepada rakyat bahawa kalau mereka tak sembah berhala, mereka akan dibunuh. Peristiwa dalam Quran ini berlaku setelah sampai kepada pengetahuan raja bahawa pemuda-pemuda itu telah mengamalkan agama yang benar yang bertentangan dengan apa yang Raja dan orang lain amalkan. Dia suruh mereka murtad balik. Kalau mereka tidak buat syirik macam mereka juga, dia akan bunuh mereka.
—————————————————————————————
Ayat 10:
Transliteration
ʾidh ʾawā l-fityatu ʾilā l-kahfi fa-qālū rabbanā ʾātinā min ladunka raḥmatan wa-hayyiʾ lanā min ʾamrinā rashadan
Sahih International
[Mention] when the youths retreated to the cave and said, “Our Lord, grant us from Yourself mercy and prepare for us from our affair right guidance.”
Malay
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ
Ketika pemuda-pemuda itu lari ke gua yang besar; Mereka diberi peluang oleh Raja kerana mereka itu semua adalah anak pembesar. Mereka diberi peluang untuk mengubah agama mereka. Tidak terus dibunuh. Mereka telah diberi masa. Dan mereka dibenarkan pulang tapi mereka kena datang datang balik. Dan nama mereka telah ditulis. Itulah yang dikatakan وَالرَّقِيمِ itu – dituliskan nama mereka. Macam nama penjenayah yang akan ditampal di poster. Kerana mereka diberi masa itulah sebabnya mereka sempat lari.
Perkataan أَوَى bermakna mencari perlindungan. Macam kalau kita ketakutan semasa kita kecil, kita akan lari ke arah ibu kita dan memeluknya.
Makna الْفِتْيَةُ ialah ‘pemuda’. Itulah sebabnya mereka dinamakan ‘Pemuda Kahfi’. Dalam ayat 7 sebelum ini, telah disebutkan bagaimana Allah telah mencantikkan dunia ini kepada manusia. Dan orang-orang yang mementing materialisma, mereka hanya memandang dunia sahaja. Siapakah yang paling terkesan dengan dunia dan segala keindahannya? Tentulah orang-orang muda. Mereka inilah yang sedang banyak tenaga, rupa masih elok lagi, tanggungjawab kurang dan sedang meningkat naik dalam kehidupan. Merekalah yang banyak terjerumus dalam kehidupan maksiat, tanpa agama dan hanya suka berhibur sahaja. Tapi dalam ayat ini, Allah memberitahu kita bahawa ada pemuda-pemuda yang iman mereka kuat, jalan agama mereka lurus. Mereka telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan agama mereka dan mereka lari menujuk kepada gua untuk menyembunyikan diri. Mereka itu anak pembesar-pembesar negara. Kalau mereka mahukan kemewahan dan nikmat dunia, mereka memang boleh dapat. Tapi iman mereka telah mendorong mereka untuk mengasingkan diri mereka dari orang-orang yang telah rosak akhlak dan agama mereka.
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً
Mereka berdoa: “wahai Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memelihara kami, berilah kepada kami dari sisi Kamu, rahmat yang khas”.
Allah mengingatkan kepada kita bahawa pertolongan hanya datang dari Allah. Kalau ada apa-apa masalah, pohonlah kepada Allah.
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Dan sediakanlah kepada kami dalam urusan hidup kami ini, suatu petunjuk;mereka meminta petunjuk dari Allah kerana mereka berada dalam masyarakat yang mengamalkan syirik. Mereka bermohon semoga kesudahan akhir mereka adalah di bawah petunjuk yang lurus. Maka kita hendaklah memberitahu masyarakat bahawa tawasul itu adalah perbuatan syirik. Sekarang dah banyak sangat dah yang mengamalkan tawasul ini. Mulanya mereka tahu bahawa mereka menggunakan Nabi, wali atau malaikat itu sebagai perantara sahaja. Kita takut, lama kelamaan, mereka akan terus berdoa kepada entiti itu sendiri. Kita takut macam orang Syiah sekarang. Mereka bukan minta kat Allah dah, tapi mereka terus minta kepada Huseein dah. Kalau mereka ada masalah, mereka berdoa kepada Hussein terus. Semoga masyarakat kita tidak jadi macam itu. Semoga kita boleh terangkan kepada manusia bahayanya tawasul itu sebelum terlambat.
Mereka memerlukan petunjuk dalam kehidupan dunia ini. Itu adalah petunjuk agama. Tapi dalam masa yang sama juga, mereka memerlukan petunjuk bagaimana untuk menyelamatkan diri. Allah telah memberi jalan kepada mereka untuk memilih satu gua yang sesuai untuk mereka menghilangkan diri.
Itu adalah cerita ringkas berkenaan pemuda gua itu. Ada enam orang pemuda semuanya. Mereka tahu bahawa kalau mereka tinggal lagi bersama kaum mereka yang mengamalkan syirik itu, mereka akan dibunuh. Semasa mereka dalam perjalanan hendak lari, mereka telah berjumpa dengan seorang pengembala kambing. Pengembala itu ada seekor anjing. Mereka telah ajar tentang tauhid kepada pengembala itu dan pengembala itu beriman dan akhirnya telah mengikut mereka. Maka, sekarang sudah ada tujuh orang dan seekor anjing.
retreated: أَوَى
facilitate: وَهَيِّئْ
———————————————————————————-
No comments:
Post a Comment