Akan mengambil masa yang lebih panjang untuk mengusir atau membunuh penceroboh ni. Kenapa? Berdasarkan dari sumber yang sangat dipercayai, penceroboh ni bukan calang-calang punya askar. Tengok gambar penceroboh yang tertewas je, pakai tangkal antara celah kelengkang.
Askar Iban siap kencing kat peluru dan masuk balik dalam megazine. Tembak guna peluru di kencing baru lut. Kalau tak, macam sapu habuk kat baju je penceroboh ni. Tu belum yang terbang-terbang lagi. Sebab tu walaupun penceroboh ni sikit, tapi Malaysia siap hantar jet pejuang, kereta kebal, helikopter n etc. Masih liat budak-budak Kiram ni.
Tentera dan polis kita yang tertewas memang syahid. Antara pejuang yang menunjukkan beliau syahid adalah Ahmad Hurairah. Tak silap aku allahyarham ditembak di kepala. Luka di kepala beliau kering dan sesiapa yang melihat jenazah beliau macam tak puas tengok.
Semoga pencerobohan di Lahad Datu ini berakhir cepat. Bak kata Ash dalam Pokemon, " Gonna kill 'em all".
dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Sunday, March 24, 2013
Pencerobohan Lahad Datu
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:38 PM
kategori
kegampangan,
kekemaskinian,
kematian,
kesedihan,
kesultanan,
PDRM
Friday, March 22, 2013
Yuran IBG 10 sen Mulai 2 Mei 2013
Haa..Lepas ni transfer antara bank hanya dicaj 20 sen. Macam cerita Seniman Bujang Lapuk la pulak.
Sumber
Galak pengguna beralih pembayaran dalam talian
Kuala Lumpur: Berkuat kuasa 2 Mei ini, yuran bagi urus niaga Sistem GIRO Antara Bank (IBG) yang dibuat secara dalam talian melalui perbankan internet dan perbankan mudah alih akan diturunkan kepada hanya 10 sen daripada RM2. Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata langkah itu bertujuan menggalakkan penggunaan perkhidmatan pembayaran secara elektronik (e-pembayaran) dalam kalangan pengguna dan peniaga di negara ini. “Yuran IBG yang lebih rendah itu bertujuan memberikan insentif kepada pengguna supaya beralih daripada kaedah pembayaran lebih mahal kepada alternatif yang lebih rendah kosnya,” katanya pada sidang media mengumumkan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2012 serta Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Kewangan 2012 di Kuala Lumpur, semalam.
Beri manfaat
Zeti berkata, pembayaran secara dalam talian melalui perbankan internet dan perbankan mudah alih memberi manfaat lebih ketara kepada individu dan peniaga. Jelasnya, setiap individu akan menikmati kemudahan urus niaga pada bila-bila masa dan di mana saja tanpa perlu pergi ke bank manakala peniaga pula boleh mengurangkan kos menjalankan perniagaan dengan cara pengurangan atau penggunaan semula sumber yang sebelumnya digunakan untuk mengendalikan wang tunai dan cek. “Melalui peningkatan pembayaran secara elektronik, kos daripada pemprosesan secara manual, termasuk kos penghantaran melalui pos akan dapat dijimatkan,” katanya. Zeti berkata, sejajar dengan matlamat menggalakkan pengguna dan peniaga menggunakan kaedah pembayaran secara dalam talian yang lebih cekap itu, pembayaran menggunakan cek akan dikenakan caj yang bakal dinaikkan secara beransur bagi mencerminkan kosnya yang lebih tinggi.
Tempoh setahun
Orang ramai bagaimanapun, katanya akan diberi tempoh selama setahun untuk membiasakan diri dan beralih daripada menggunakan kaedah pembayaran cek itu kepada penggunaan IBG bagi urusan pembayaran mereka.
Caj proses cek 50 sen
“Berkuat kuasa 1 April 2014, pihak bank akan mengenakan caj memproses 50 sen bagi setiap cek kepada pengeluar cek. Yuran itu adalah tambahan kepada duti setem sedia ada 15 sen bagi setiap cek,” katanya. Beliau berkata, dalam tempoh setahun ini, Bank Negara akan bekerjasama rapat dengan pihak industri kewangan untuk terus menambah baik infrastruktur pembayaran bagi memastikan perkhidmatan pembayaran dapat diakses secara meluas, selamat dan mudah. Zeti berkata selain cek dan IBG, pelarasan harga terhadap kaedah dan saluran pembayaran lain termasuk mesin juruwang automatik (ATM) akan dilaksanakan secara berperingkat untuk menggalakkan pengguna menggunakan kaedah e-pembayaran yang lebih berkesan dari segi kos. “Menjelang 2020, penentuan harga bagi semua perkhidmatan pembayaran adalah berdasarkan kos menyediakan perkhidmatan terbabit,” katanya.
Sumber
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:30 AM
kategori
keduitan,
pesanan masyarakat
Thursday, March 21, 2013
PRU 13
Semakin kerap iklan mengundi keluar di TV dan radio. Banner parti politik pun semakin meriah di kiri kanan jalan. Tapi yang pertama kali mengundi mesti dapat poskad dari PM kita Najib Razak.
Aku dapat tapi tak sempat nak snap gambar. Adik ipar aku dapat siap snap lagi. Tiada apa yang menarik nak post sekarang sebab banyak makan vitamin M.haha. ok bye.
Aku dapat tapi tak sempat nak snap gambar. Adik ipar aku dapat siap snap lagi. Tiada apa yang menarik nak post sekarang sebab banyak makan vitamin M.haha. ok bye.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:49 AM
kategori
kepolitikusan
Friday, March 15, 2013
Telefon Canggih
Sebenarnya aku keberatan nak memiliki sebuah telefon canggih. Sebab? Sekarang kalau lepak dengan member pun yang dihadapnya telefon. Ada satu rancangan Korea di mana mereka tidak boleh guna telefon bimbit, menonton tv dan peralatan canggih lain. Aku tengok bukan sebab artis perempuan Korea cantik-cantik malah peserta semuanya 'belalai'. Ada satu babak tu, dieorang pergi library dan kebanyakkan orang menghadap gadget berbanding buku. LOL.
Sekarang telefon canggih adalah keperluan. Kalau hilang telefon canggih tu maka hilang arah lah seseorang itu. Kalau jumpa public phone rasa macam jakun. Dulu lepak-lepak ngadap muka masing, sekarang lepak-lepak masing2 hadap smartphone except aku. haha.
Anak-anak kecil diasuh menggunakan iPad atau tablet. Dulu Zaheen memang rajin sikit-sikit mintak telefon S3 isteri aku but not anymore. Kalau dia nampak orang lain ada tablet mesti dia akan ngendeng2 macam orang jakun.LOL. Aku nak ajar anak aku supaya tidak dependent sangat pada gadget. Biar la aku bersusah-susah layan anak aku dari aku kasi tablet untuk dia diam..
Tapi aku rasa macam dah tua, baru cangkul tanam serai depan rumah pinggang dah sakit. Mana tak sakit cangkul guna anak cangkul. ok bye.
Sekarang telefon canggih adalah keperluan. Kalau hilang telefon canggih tu maka hilang arah lah seseorang itu. Kalau jumpa public phone rasa macam jakun. Dulu lepak-lepak ngadap muka masing, sekarang lepak-lepak masing2 hadap smartphone except aku. haha.
Anak-anak kecil diasuh menggunakan iPad atau tablet. Dulu Zaheen memang rajin sikit-sikit mintak telefon S3 isteri aku but not anymore. Kalau dia nampak orang lain ada tablet mesti dia akan ngendeng2 macam orang jakun.LOL. Aku nak ajar anak aku supaya tidak dependent sangat pada gadget. Biar la aku bersusah-susah layan anak aku dari aku kasi tablet untuk dia diam..
Tapi aku rasa macam dah tua, baru cangkul tanam serai depan rumah pinggang dah sakit. Mana tak sakit cangkul guna anak cangkul. ok bye.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
12:21 PM
Saturday, March 9, 2013
Semangat Sabtu
Wahn semakin menyusup jauh ke dalam hati umat islam. Gaduh sesama sendiri sebab politik. Sedarlah.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
7:25 AM
kategori
keislaman,
pesanan masyarakat
Subscribe to:
Posts (Atom)