Wednesday, December 5, 2012

Warisan

Aku dengar billionaire Singapura nak buat litar F1 kat Johor. Syarikat dari China juga ada beli tanah bernilai RM1b untuk dibangunkan di Nusajaya. Harga rumah kawasan Nusajaya dari RM40000 jadi RM120000.

Itu belum masuk RAPID kat Pengerang. Banyak betul projek kawasan Johor ni. Tahu kenapa banyak projek masuk Johor? Aku pun tak tahu sebab asik dok lalai tengok saham FGVH. Jangan jatuh sampai tiga hengget sudah.

Aku bukan anti pembangunan tapi pembangunan batu dan tembok perlu seiring dengan pembangunan insani maksud aku pembangunan manusia. Lepas pergi tahlil arwah mak kawan aku semalam, rasa macam lain. BTW video yang aku post aritu mesej yang aku cuba sampaikan bukan nak anak ramai tapi perkara SEBELUM anak ramai. Lepas 'perkara' ni dah betul nak anak ramai lantak korang la.

Dulu masa sekolah kalau maulidur rasul atau awal muharram mesti ada penceramah jemputan. Dulu khamis malam jumaat aku mesti beralah dengan arwah abah aku sebab dia nak tengok forum perdana hal ehwal islam which masa zaman tu memang aku admit walaupun terpaksa hadap, ceramah yang disampaikan makan dalam.

Forum perdana hal ehwal islam sekarang apa ada? Aritu aku tengok tajuk pasal rasuah jemput pengarah SPRM bahagian mane ntah. SPRM ni tangkap ikan bilis je aku tengok.

Apa aku merepek ni? nah nyanyi lagu Warisan ni.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

No comments: