Thursday, December 20, 2012

PMR 2000

Duduk di kelas paling hujung bukan bermakna kurang bijak. Tapi ia mengajar aku bagaimana untuk membahagi masa itu belajar dan enjoy.LOL. Masa tingkatan tingkatan tiga kelas aku memang Most Wanted. Ada sorang dah kena buang tapi sekarang sudah jadi Pegawai Teknologi Maklumat kat hospital Melaka tak silap aku

Ada je yang berjaya dalam hidup tapi titik tolak untuk berjaya tu kena datang dari diri sendiri. Masa kelas prep petang memang aku akan tidur KALAU ngantuk.haha..Subjek favorite?. Aku lebih suka treat semua subjek equally sebab dari sini kita boleh memupuk sikap sama-rata. Jangan treat subjek bahasa arab or subjek lain macam anak tiri sebab ia akan memakan diri. Walaupun aku memang super lemah bahasa arab ni tapi belajar walaupun macam sepak bola ke dinding ia mantul balik.

PMR aku lulus cukup-cukup makan sebab bahasa arab aku dapat D. Almost gagal PMR..sighh. Apa yang aku nak simpulkan di sini jangan memilih sangat subjek tu. Contoh kau dah tau kau lemah matematik, kau jangan la tak belajar langsung. At least buat latih tubi mana la tahu yang ko buat latih tubi tu keluar masa exam sebenar which pernah terjadi kat aku. Allah swt tu Maha Adil. Kalau kau berusaha mesti Dia kasi punya walaupun tak banyak.

Tapi bila dikenang kembali zaman 'batu' tu memang sedikit sebanyak mengajar aku untuk tabah dalam kehidupan. Arwah abah tu berkeras mahu kan aku untuk meneruskan pengajian(chewah) di asrama penuh tak berapa penuh sebab lebih kurang 20km je dari rumah aku. Nasib la keras kepala abah tu lebih kurang keras macam aku.

Cuma terkilan waktu aku sudah bekerja baru 3 bulan ajal abah sampai. Sekarang hanya mampu doa beliau ditempat dikalangan orang beriman. Sekarang dah ada pak mertua aka ayah pun best juga ape. Menumpang kasih gitu.haha..

1 comment:

alieavea said...

hey kiter sebaya la...amik bahasa arab jugak heh...dulu ms sekolah kalo org tanyer result pmr ape result ko.. ok result kiter 7A..so aper yg B...BA BI...(bahasa arab bahasa inggeris)...
sori bukan nk mencarut..peace yaw