Tuesday, September 18, 2012

Aplikasi Sistem Maklumat MoE

Baru-baru ini aku baru sedar sistem yang isteri aku guna pakai untuk masuk data atau markah dalam aplikasi yang dibangunkan oleh MoE sangat tidak user-friendly. Setiap sistem mempunyai pangkalan data yang berlainan. Ini menyebabkan maklumat sama perlu di masukkan untuk setiap sistem.


Bijak?..shame on you Muhyiddin. Tak payah nak transform sangat pendidikan tu, benda kecik macam ni pun tak nampak. Mentang-mentang ramai guru tak arif pasal sistem yang dibangun oleh MoE. Contoh Sistem Salahlaku Disiplin Murid. Nak tambah rekod perlu key-in nombor ic murid, kalau tiada baru boleh tambah. Kan senang kalau masukkan nombor ic dan  sistem terus check sama ada nombor ini wujud atau tidak. Jika wujud keluar pop up atau redirect ke page yang menyatakan nombor kad pengenalan tu dah wujud. Yang best bila dah beriya cek nombor ic tidak wujud dan masuk segala details. Tekan butang send terus keluar no ic telah wujud dalam pangkalan data.Cool? Drop down menu punya la sanyak. Date pun guna drop down, come on la.

Aku bukan nak merendah-rendahkan sistem MoE tapi at least buat sistem yang user-friendly dan mudah untuk digunakan. Error 500 juga selalu keluar. Aku rasa Pegawai Teknologi Maklumat mampu bikin ini sistem lagi kencang. Dulu pantang nampak kekosongan F41, siap mintak cop sain bagai tapi. Sekarang SPA pun aku dah tak update sebab dengan pointer bawah 3.00 jangan harap nak dapat.haha. Padan muka aku sebab belajar main-main. Tapi belajar dari kegagalan ni membentuk siapa diri aku sekarang. Tapi kau jangan ngada-ngada sengaja nak gagal. Lempang laju-laju.

ok bye. nak baca Pedang Setiawan 607...

No comments: