Monday, July 25, 2011

Pelajaran


Aku nak cerita pasal pengalaman aku belajar. Semua orang mesti ada pengalaman tersendiri masa belajar. Hanya nak kongsi pengalaman aku belajar sebelum bekerja. Bermula dari sekolah rendah, aku memang top 10 sekolah, masa tu macam eh senangnya matematik ni. UPSR dapat 5A tetapi aku tidak dapat mana-mana tawaran sekolah berasrama penuh. Masa tu sekolah aku ada lapan orang kot dapat 5A tapi yang dapat masuk asrama penuh dua orang sahaja. Masa tu macam tidak kisah la. Aku masuk sekolah harian biasa, budak kampung lain tanya UPSR aku dapat berapa aku cakap 5A dieorang tidak percaya.

Pihak pentadbiran sekolah rendah aku berusaha untuk menempatkan kami yang dapat 5A dan 4A ke asrama penuh. Pilihan yang ada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar. Usaha mereka berjaya walaupun sangat lewat. Aku masuk SMKABP bulan Mei. walaupun dekat je dengan Air Tawar 5 tapi sedih beb duduk jauh dengan parent.haha. Masa form 1 aku belum kena buli lagi sebab budak form 5 back up. Apa? Menangis tak masa masuk asrama?..rahsia la beb. Masa tu yang dapat masuk SMKABP aku dan lagi sorang kawan aku, Hanafi. Aku cakap dengan Hanafi ni kalau kau masuk SMKABP aku pun masuk. Sekali abah aku dah pakat dengan bapak Hanafi ni. Abah aku cakap Hanafi nak masuk SMKABP dan dalam masa yang sama bapak Hanafi pun cakap perkara yang sama pada Hanafi.

Sekali dah masuk asrama, baru kami tau kami kena Bang Bang Boom. Masuk-masuk SMKABP terus exam mid-sem. Dengan nak menyesuaikan diri dan nak exam lagi. Result memang hancur masa tu. Aku siap cakap dengan abah aku, nak pindah sekolah. Tak nak sekolah ni. Tapi abah aku tegas suruh aku teruskan juga. Masuk form 2 aku turun ke kelas nombor dua. Neraka asrama bermula pada aku form 2. Setiap kali balik kampung, ade seorang senior nama Ma'en. "Balik dari kampung kau bawa Twisties dengan Dunhill 20". Ini ayat biasa kalau aku nak balik kampung. Si Ma'en ni kaki paw, dah la pendek+rendang. Aku dengar SPM die ada problem. Lulus cuma ada yang tidak kena dengan argregat. Ntah aku pun tidak pasti. Padan muka.haha. Lepas tu, musim adik angkat.

Ini paling gampang, kena pukul sebab kacau adik angkat senior. Aku tidak kacau tapi berada ditempat kejadian mengacau orang lain bukan adik angkat senior poyo. Masa form 3 aku ditempatkan dalam kelas paling bawah. Penghuni mostly memang ada kes 'nakal'. Tapi aku tidak pernah putus harapan untuk berjaya sebab aku pun tidak tahu. Walaupun aku memang lemah longlai subjek bahasa arab aku target jangan fail je masa PMR nanti.

Masa form 3 kalau nak study memang susah. Meja sebab dok sibuk main finger-skate. Dia macam skateboard tapi guna jari. Memang tidak dapat dinafikan  suasana kelas aku memang mengundang perasaan malas belajar. PMR aku tidak study tetapi jawab soalan PMR tahun-tahun lepas. Thanks to Naim Daud sebab membenarkan aku pinjam buku bank soalan PMR. Masa ambil keputusan PMR aku sendiri terkejut dengan pencapaian aku. Ramai budak kelas aku tidak percaya dengan result aku yang agak flying colors ni. haha..Making things worse, aku tidak dibenarkan meneruskan pengajian di SMKABP sebab kesalahan yang pernah aku lakukan.

Mahu tidak mahu aku masuk ke sekolah harian biasa. GPK sekolah ni tanya aku dua tiga kali, betul aku nak sekolah di sekolah ni. Habis tu aku nak sekolah mana? Ni sekolah terdekat dengan rumah aku. Rayuan aku pada SMKABP ditolak mentah-mentah. Tapi tidak lama kemudian dapat tawaran MRSM Muar. Masuk sini dari SMKABP aku dengan Ijal je...Panjang jugak aku tulis ni. Sambung ke bahagian dua OK.

p/s: ramai singa jadian dalam skuad Singapura.

2 comments:

Eny said...

yeah! selamat datang ke MRSM MUAR. best ke sekolah muar? aku suke sebab byk pokok mangga. sedap beb buat jeruk. ada abg han. ada makcik idong. alahai skul mmgla best!

jiwa sifar said...

mesti la best.lubang hidung makcik hidung tu pujaan ramai student.haha.mangga memang berlambak.org2 mengandung suka la.haha.