dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Friday, July 8, 2011
BERSIH 2.0 dan Ambiga
Cuba kita tengok apa alasan diorang yang tak setuju ya;
1.Ambiga itu perempuan jalang yang cuba lawan agama Islam dan dia juga terlibat dengan kes Lina Joy.Dia juga penyokong satu forum yang ingin membincangkan kebebasan beragama yang dianjurkan satu masa dulu.
2.Ambiga itu HINDU KELING PARIA
3.Ambiga tu sebenarnya nak memperjuangkan agama dia
4.Ambiga celaka!
Kau cuba bukak Google,kau search...AMBIGA CELAKA atau AMBIGA KELING atau AMBIGA KAFIR..berlambak result yang akan keluar.Semua dari geng penyokong kerajaan.Tapi,apa kaitannya dengan dia Hindu ke,dia mamak ke dia sembah Dewa ke dengan tuntutan Bersih? Adakah kau mempersoalkan kredibiliti dia semata-mata sebab dia Hindu?
Dan yang paling aku kelakar sebenarnya....bila ramai orang Melayu yang ikut sama dia punya perhimpunan,orang Melayu tu akan dikecam sebagai "pengikut perempuan Keling" atau "Melayu pengecut yang membiarkan orang Hindu pimpin diorang."Ni lah masalahnya orang Melayu....bodoh tak bertempat....kata pejuang bangsa dan agama tapi dipanggilnya orang Hindu lain keling,paria,haram jadah.Bodoh.
Sebab isunya bukan mengenai agama atau bangsa atau apa saja yang berkaitan dengan personality....kalaulah Bersih dipimpin oleh seorang lelaki Cina yang kaki minum arak dan kaki spa dan dah mmg terbukti dia kaki spa....still aku akan sokong Bersih.Bukan sebab pemimpinnya yang aku sokong.
Tapi sebab tuntutan dia tu pada aku benda betul yang tak salah dari segi agama.Bila masa Hishamuddin kita ni jadi Mufti declare benda haram?Adakah BERSIH satu perhimpunan yang masa berhimpun akan diadakan orgy dan foam party untuk yang terlibat?Adakah setiap peserta BERSIH diberikan senaskhah majalan Mangga dan Playboy sebagai door gift?
SPR sepatutnya sebuah agensi yang menyebelahi rakyat dan bukan mana-mana side of the government.Rakyat is King masa pilihanraya dan SPR adalah dayang yang berkhidmat.
Adakah kau takde terfikir yang ada orang Melayu yang pandai nak berfikir guna otak sendiri?Takkan la sebab aku dan orang Melayu yang sokong Bersih ni tak sehaluan dengan kau,orang UMNO,aku dicop sebagai "jual bangsa,jual agama dan jual negara?"
Apa hidden agenda Bersih yang digembar-gemburkan tu?Cuba jelaskan dekat aku apa hidden agenda Bersih supaya benda tu tak jadi hidden daripada pandangan masyarakat...Kalau lah hidden agenda Bersih adalah untuk memastikan BN kalah pilihanraya....aku tak rasa benda tu hidden. Aku sendiri selalu tulis "kita mesti tukar kerajaan.."
Dan kepada sesiapa yang masih meragui kenapa PAS bergabung dengan DAP.....ingat satu benda..people's change.DAP juga berubah..bukan setakat PAS aje yang berubah.
Kalau dulu Karpal Singh nak berborak dengan Nik Aziz pun dia tak hingin...tapi lihat sekarang ni macam mana?Kalau dulu takde orang Cina yang berani sebut pasal ayat Quran dan berani kaitkan diri dia dengan Khalifah Islam,sekarang ni dah ada.
Kenapa?Sebab kepentingan politik..itu memang semua orang tau.Tapi....perubahan tu bukannya datang dengan sendiri tanpa ada Kuasa Maha Besar yang benarkan perubahan tu berlaku.Kalau kau beragama Islam kau akan percaya 2 benda;
a. Setiap benda yang berlaku adalah atas ketentuan Tuhan dan ada sebab kenapa Tuhan jadikan makhluk atau benda tu berubah
b. Bersangka baik dan terima perubahan yang berlaku kerana mungkin ada hikmah disebalik perubahan tu.
dan yang paling orang Melayu Islam selalu lupa..orang Cina,orang India pun makhluk Allah,kan?
Jadi...aku rasa "kesedaran" dan "penerimaan" DAP terhadap orang Islam dan agama Islam adalah sesuatu yang baik,sebab...kalau DAP nak bergabung,lagi bagus dia bergabung dengan MCA kan?Sama la jugak alasan anda PAS kalau nak bergabung,lagi baik bergabung dengan UMNO.Sama bangsa sama agama.
Kenapa DAP pilih PAS yang dia dah tau dari dulu sampai sekarang agama adalah tunjang perjuangan dia?Evolusi.....DAP dan PAS is evolving.
Selagi UMNO memerintah selagi tu masalah segregation kaum kat Malaysia ni akan berterusan.Nak halau orang Cina ke mana?Nak suruh orang India balik India?Orang Cina dengan India kena bersyukur dengan UMNO sebab bagi kewarganegaraan dan boleh menetap di Malaysia?
Kalau dah bagi kewarganegaraan....treat them as citizens..mana ada Islam benarkan kau tutup peluang anak orang Cina masuk U semata-mata sebab kau nak pastikan anak orang Melayu masuk U walaupun dia tak layak sebenarnya.Lihat...best student sekolah mesti budak Cina..best student dekat U mesti orang Cina....Mesti ada silapnya kenapa orang Cina minoriti ini mampu tewaskan beribu budak Melayu yang lain.....
Orang Melayu sekarang dah selesa.Mereka tak takut dengan cabaran.Sebab kita dah tau,alah,belajar lebih kurang pun dapat gak masuk U.Belajar cincai2 pun lepas grad apply kerja dengan Gomen..mesti diorang ambik punyala walaupun SPM aku gred 2...
Apparently,this is not working for the Malay.Kau ingat pemimpin UMNO tak nampak?Dia tau dan dia sedar....tapi...senangkan kawal 100 orang yang ikut aje daripada cuba kawal seorang yang asyik mempersoalkan tindakan kerajaan?
Melayu diperbodohkan tetapi mereka rasa mereka pandai..sebab yang pimpin Malaysia orang Melayu.Pergh..gah pemimpin Melayu berucap!Melayu hebat!Sebab tu kita masih lagi nak pangkah BN kalau time pilihanraya dapat hamper,kampung dapat projek segera tiba-tiba...majoriti orang Melayu hanya pandang apa yang dia akan dapat waktu tu dan dia tak nampak apa yang anak cucu dia akan dapat nanti2.
Kau boleh bagi aku seribu satu keburukan mengenai DAP.Aku boleh bagi kau seribu satu keburukan mengenai UMNO.Bezanya,keburukan UMNO...kau boleh nampak bukti depan mata kau.
Evolve lah Melayu.Tinggalkan lah politik2 busuk yang hentam personality seseorang bila takde idea nak lawan hujah macam mana.Wardina pun kau nak attack siap letak balik gambar Wardina terkangkang dalam majalah Mangga...."NI LAH MELAYU PENYOKONG PAKATAN!SEKSI TAK HINGAT!TERKANGKANG SANA-SINI!KONON-KONON INSAF LA TU!" semata2 sebab dia nampak condong ke Pakatan. Salah ke benda yang dia buat?
Pada kau salah lah kot..sebab kau bodoh punya malaon.
Kau tak sedar ke majalah Mangga tu siapa yang punya?
Siapa perosak Melayu sekarang?
Yang aku sure bukan DAP yang punya.
kredit - menyumpah melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ni sorang lagi jahil pasal sejarah dan jahil pasal agama dan jahil dengan perintah Raja-Raja...ini semua pasal dah terpengaruh dengan propaganda politik yang kononnya memperjuangkan demokrasi yang sempit. Korang semua yang sokong demokrasi semua adalah sesat termasuk UMNO, PAS, BN, PAKATAN RAKYAT, PKR, DAP, MCA, MIC, PARTI BEBAS adalah bodoh lagi zalim. BANGANG & BENGONG PUNYA MANUSIA.
salam bang sheikh khalifah malaya. gua faham ke-buttnurt-an anda. thanks sbb membutthurtkan diri anda utk dtg ke sini. jemput dtg lagi.orang2 mcm lu mmg gua alu2kn.
Post a Comment