Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya



Balik kerja lincah hantar adik ipar aku ke Larkin kemudian terus menjadi Vettel di Highway Pasir Gudang. Perlu melihat sendiri Harimau Malaya beraksi di TV 'Singa Jadian'. Tetapi hampa dengan permainan separuh masa pertama dieorang. Stadium Nasional Bukit Jalil pulak macam gampang aku tengok padang nya. Padang kena la improve, ini aku tengok bola tu melantun-lantun.

Lepas Safee Sali jaringkan gol tu, semangat lain macam. Sekali 'Singa Jadian' jaringkan gol. Fahmi memang banyak selamatkan gawang Harimau Malaya. Malam tadi permainan Harimau Malaya macam tidak bermaya. Mungkin tekanan sebab expectation are high.

Negara rantau ASEAN ni kalau main bola, body contact sikit terus berguling macam tenggiling. Lebih-lebih lagi kalau tengah berada dalam kemenangan. Jatuh sendiri pun terus injured, medic masuk tepek-tepek ais terus OK. Medic Malaysia malam tadi boleh kira pakai jari masuk padang. Medic Singapura sibuk sahaja, asik jatuh injured sokmo pemain Singapura ni. Tiada sportsmanship langsung.

Apa-apa hal pun Good job well done Harimau Malaya.

Thursday, July 28, 2011

Lord of The Ring versi Malaysia

Wednesday, July 27, 2011

Proton SAGA FLX


Makin menjadi-jadi SAGA ni. SAGA SE aku dah out-of-date.haha. Sekarang sudah ada SAGA FLX pulak. Memang laju budak-budak Proton buat kerja. Perodua aku tengok macam kurang sikit.haha.


SAGA FLX ini dilengkapi dengan Continuously Variable Transmission (CVT). Apa kejadah CVT ni?!. Kalau SAGA FLX ni dilengkapi Windows 7 Professional ke aku faham la jugak. Ini bahasa mekanik memang aku gagal. Yang aku faham SAGA FLX ni guna tali pinggang belt instead of guna fix gear. Faham? Jangan tanya aku, aku pun tak faham. Kaedah ini membolehkan penjimatan minyak serta daya tahan enjin. Kata Proton la.

Selain itu ada suis Stepped Automatic Transmission(SAT) yang dapat meransang......... feel of a standard 6-speed automatic transmission. Ini tidak perlu aku jelaskan. SAGA SE aku pun 6-speed automatic transmission, tapi tidak perlu suis SAT ini untuk feel-feel. SAT dan CVT ini ada kait-mengait la fungsi menjimatkan penggunaan minyak serta memanjangkan umur enjin SAGA anda.

Apa-apa hal pun korang boleh pergi ke sini untuk maklumat terperinci SAGA FLX ni.

Tuesday, July 26, 2011

Singa Jadian




Ini entri khas untuk pasukan bolasepak Singapura. Tahukah anda kesemua 5 gol yang Singapura dihasilkan Singapore Foreign Sports Talent (FST) Scheme.

Aleksandar Đurić - kelahiran Bosnia, pernah mewakili Bosnia di Sukan Olimpik Barcelona 1992 dalam acara kayak 500m.
Qiu Li - kelahiran negara komunis, China. Mula mewakili SIngapura pada tahun 2008 tapi FIFA haramkan beliau dari mewakili Singapura sebab perlu bermastautin di Singapura minimum 5 tahun.
Fahrudin Mustafić - kelahiran negara Soviet. Mula mewakili Singapura pada tahun 2005.
Shi Jiayi - kelahiran Shanghai.

Kesemua ini dilahirkan oleh skim ciptaan Persatuan Bolasepak Singapura(FAS) kecuali Aleksandar Đurić. Daniel Bennet merupakan batch pertama keluaran skim ini yang masih lagi menyarung jersi Singapura sehingga sekarang. Sejak 'Singa Jadian' diserap masuk ke dalam skuad bolasepak Singapura, skuad Singa Temasek ini baru ada taring. Memenangi Kejohanan Bolasepak ASEAN 2007 (AFF Suzuki Cup).


Semoga Harimau Malaya mengaum di Stadium Nasional Bukit Jalil khamis ini..Aummmm..

Monday, July 25, 2011

Pelajaran


Aku nak cerita pasal pengalaman aku belajar. Semua orang mesti ada pengalaman tersendiri masa belajar. Hanya nak kongsi pengalaman aku belajar sebelum bekerja. Bermula dari sekolah rendah, aku memang top 10 sekolah, masa tu macam eh senangnya matematik ni. UPSR dapat 5A tetapi aku tidak dapat mana-mana tawaran sekolah berasrama penuh. Masa tu sekolah aku ada lapan orang kot dapat 5A tapi yang dapat masuk asrama penuh dua orang sahaja. Masa tu macam tidak kisah la. Aku masuk sekolah harian biasa, budak kampung lain tanya UPSR aku dapat berapa aku cakap 5A dieorang tidak percaya.

Pihak pentadbiran sekolah rendah aku berusaha untuk menempatkan kami yang dapat 5A dan 4A ke asrama penuh. Pilihan yang ada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar. Usaha mereka berjaya walaupun sangat lewat. Aku masuk SMKABP bulan Mei. walaupun dekat je dengan Air Tawar 5 tapi sedih beb duduk jauh dengan parent.haha. Masa form 1 aku belum kena buli lagi sebab budak form 5 back up. Apa? Menangis tak masa masuk asrama?..rahsia la beb. Masa tu yang dapat masuk SMKABP aku dan lagi sorang kawan aku, Hanafi. Aku cakap dengan Hanafi ni kalau kau masuk SMKABP aku pun masuk. Sekali abah aku dah pakat dengan bapak Hanafi ni. Abah aku cakap Hanafi nak masuk SMKABP dan dalam masa yang sama bapak Hanafi pun cakap perkara yang sama pada Hanafi.

Sekali dah masuk asrama, baru kami tau kami kena Bang Bang Boom. Masuk-masuk SMKABP terus exam mid-sem. Dengan nak menyesuaikan diri dan nak exam lagi. Result memang hancur masa tu. Aku siap cakap dengan abah aku, nak pindah sekolah. Tak nak sekolah ni. Tapi abah aku tegas suruh aku teruskan juga. Masuk form 2 aku turun ke kelas nombor dua. Neraka asrama bermula pada aku form 2. Setiap kali balik kampung, ade seorang senior nama Ma'en. "Balik dari kampung kau bawa Twisties dengan Dunhill 20". Ini ayat biasa kalau aku nak balik kampung. Si Ma'en ni kaki paw, dah la pendek+rendang. Aku dengar SPM die ada problem. Lulus cuma ada yang tidak kena dengan argregat. Ntah aku pun tidak pasti. Padan muka.haha. Lepas tu, musim adik angkat.

Ini paling gampang, kena pukul sebab kacau adik angkat senior. Aku tidak kacau tapi berada ditempat kejadian mengacau orang lain bukan adik angkat senior poyo. Masa form 3 aku ditempatkan dalam kelas paling bawah. Penghuni mostly memang ada kes 'nakal'. Tapi aku tidak pernah putus harapan untuk berjaya sebab aku pun tidak tahu. Walaupun aku memang lemah longlai subjek bahasa arab aku target jangan fail je masa PMR nanti.

Masa form 3 kalau nak study memang susah. Meja sebab dok sibuk main finger-skate. Dia macam skateboard tapi guna jari. Memang tidak dapat dinafikan  suasana kelas aku memang mengundang perasaan malas belajar. PMR aku tidak study tetapi jawab soalan PMR tahun-tahun lepas. Thanks to Naim Daud sebab membenarkan aku pinjam buku bank soalan PMR. Masa ambil keputusan PMR aku sendiri terkejut dengan pencapaian aku. Ramai budak kelas aku tidak percaya dengan result aku yang agak flying colors ni. haha..Making things worse, aku tidak dibenarkan meneruskan pengajian di SMKABP sebab kesalahan yang pernah aku lakukan.

Mahu tidak mahu aku masuk ke sekolah harian biasa. GPK sekolah ni tanya aku dua tiga kali, betul aku nak sekolah di sekolah ni. Habis tu aku nak sekolah mana? Ni sekolah terdekat dengan rumah aku. Rayuan aku pada SMKABP ditolak mentah-mentah. Tapi tidak lama kemudian dapat tawaran MRSM Muar. Masuk sini dari SMKABP aku dengan Ijal je...Panjang jugak aku tulis ni. Sambung ke bahagian dua OK.

p/s: ramai singa jadian dalam skuad Singapura.

Thursday, July 21, 2011

JPJ, Selekoh dan Aku



Barua. Semalam semata-mata nak pergi aktifkan i-Akaun KWSP, pergi TESCO Seri Alam. JPJ atau PDRM atau Polis Trafik memang pandai mencari lokasi di mana kita tiada masa untuk pemandu mengenakan tali pinggang. barua..siapa suruh tidak pakai tali-pinggang. haha.. Lepas je selekoh baring terus ada road-block..cibai..Aku memang pasrah la tengok JPJ dah kat depan dengan aku tidak pakai tali-pinggang.

Memang kena tahan serta kena keluarkan IC dan lesen. Aku malas nak bertekak tetapi bini aku tak nak mengalah bertekak dengan JPJ tu. Aku redha je, nak saman, saman la. Zaheen pulak jeling je JPJ tu sebab budak kecik ni sibuk memandang panorama di luar kereta. Luckily JPJ tidak saman sambil sound dengan kerek suruh pakai tali-pinggang.

Buat apa aku nak pakai tali-pinggang, kan kereta aku dah ada air-bag. haha..seperti biasa tidak mahu kalah. LOL.

Wednesday, July 20, 2011

Bottle Neck



Istilah ini digunakan apabila there isn't enough data handling capacity to handle the current volume of traffic. Istilah ini boleh diguna pakai di simpang keluar masuk Kota Masai 2. Penduduk punya la ramai duduk dalam tetapi jalan keluar masuk hanya SATU..SATU..SATU. Sudah bertahun aku rasa masalah kesesakan lalu lintas especially hujan. Apa barang hujan pakai baju hujan, kena guna kereta which cause kesesakan traffik yang teruk.

Baru-baru ini baru pasang lampu isyarat. Aku ulang pasang, belum ON lagi lampu isyarat tu. Perancangan jalanraya memang failed di sini. Pemaju makin galak buat rumah. Rumah berkadar langsung dengan traffik. Aku rasa lampu isyarat bukan long term solution. Sepatutnya kena ada jalan altenatif di bina untuk mengurangkan kesesakan ni.

Accident macam perkara biasa kat simpang tu. Agak-agak boleh masuk Aduan Rakyat tak ni?..Tapi baru-baru ini ada seorang butt-hurt tidak puas hati pasal aku sokong BERSIH 2.0. Aku tengok gaya komen langsung tak mencerminkan langsung nama yang beliau guna-pakai. lawak-lawak. Ada juga mangkuk-tandas-berhayun datang sini mahu buat onar. Mentang-mentang sini pelawat tidak ramai. kah..kah..kah.

Yang penting hujung minggu ni aku nak berenang dalam kolam durian di Segamat..erkkk..


p/s: aku nak jual boot bola Reebok aku. aku tidak sesuai pakai boot tu. semalam dapat score satu serta jatuh bergolek tiba-tiba beberapa kali. Dua minggu lepas aku dapat score DUA serta assist SATU bila guna boot Nike.