Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan 1434H

Seperti biasa hari pertama tarawih surau dan masjid penuh. Aku antara mangsa keadaan. Chewah..padahal pergi lambat cuci poo-poo Zaheen. Solat Isyak ngam-ngam depan tangga. Agak aku terkucil sikit tergolek kebelakang.

Aku cuma nak bagitahu masih ada lagi orang yang tidak peka dengan hadis palsu ni. Kelebihan tarawih malam pertama ramadhan...bla..bla..bla...Imam surau pulak tu.

Bulan depan hari lahir aku 17 Syawal. Walaupun dalam IC 6 Julai aku memilih 17 Syawal sebab tengah raya tu. haha..

p/s: alhamdulillah..dividen KPF 2012 dah masuk.

Saturday, July 6, 2013

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA



1.0 LATAR BELAKANG

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berhasrat untuk mencipta logo yang menjadi identiti serta tanda pengenalan imej organisasi dan diguna pakai dalam kesemua aktiviti pameran atau percetakan dan dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Kementerian.
Penciptaan logo baharu KBS selaras dengan peranan serta hala tuju baharu KBS dengan berpandukan visi, misi dan objektif Kementerian ini dalam mengangkat martabat belia, sukan dan kemahiran.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN
2.1 Mewujudkan logo baharu KBS bagi menggambarkan “core business” sebenar Kementerian.
2.2. Memberi peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian.

3.0. SYARATPERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN BORANG PENYERTAAN

3.1. Syarat dan Terma Pertandingan
a) Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 40 tahun.
b) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
c) Semua ciptaan mestilah Asli dan tidak diceduk/ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar Negara.
d) Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Logo Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menjadi hakmilik Kementerian dan tidak boleh dikembalikan. Kementerian berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Kementerian.
e) Pemenang akan menerima hadiah tunai, plak beserta sijil penyertaan.

3.2. Spesifikasi Reka Bentuk Logo

a) Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.
b) Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21 cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk „softcopy‟ menggunakan format AL (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.
c) Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan
d) Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi lima (5) warna.
e) Berciri gabungan moden dan futuristik mengambarkan belia, sukan dan kemahiran serta mampu menggambarkan identiti, imej KBS dan mempunyai ciri-ciri semangat kesukanan, kerjasama dan kerja berpasukan (teamwork).
f) Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

3.3.3 BORANG PENYERTAAN
a) Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan.
b) Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya masing-masing iaitu:
 Nama Penuh;
 Nombor Kad Pengenalan;
 Alamat Penuh; dan
 Nombor Telefon.
 Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy sama ada melalui:Pos; atau Emel (dalam format .ai dan .jpeg)
Penyertaan dibuka mulai 1 Julai 2013 ( Isnin) hingga 15 Julai 2013 ( Isnin )
.
Sebarang penyertaan yang diterima selepas 15 Julai 2013 tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia
Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut;
Urus Setia
Pertandingan Mencipta Logo KBS
Unit Komunikasi Korporat
Aras 8, Menara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Lot 4G4, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62576 PUTRAJAYA.
Telefon : 03-88713278

Pastikan di sebelah atas kiri sampul tertulis `Pertandingan Mencipta Logo KBS ’
Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

4.0 METODOLOGI PENILAIAN

4.1. Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima peserta
yang menyertai pertandingan ini.
4.2. Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap layout/design logo yang dihantar kepada Urus Setia Pertandingan.

5.0. HADIAH PERTANDINGAN

5.1. Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah tunai dan sijil penghargaan sahaja.

6.0. PANEL PENILAI

6.1. Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dibentuk bersaingan.
6.2. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel
Penilai.
6.2. Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
6.3. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang disertai sekiranya perlu
6.4. Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia.

7. HADIAH

7.1 Johan akan menerima wang tunai RM 2,000 berserta sebuah plak dan sijil penyertaan.
7.2 Tempat kedua akan menerima wang tunai TM 1000.00 beserta sebuah plak dan sijil penyertaan
7.3 Tempat ketiga pula akan menerima wang tunai RM 500.00 beserta sebuah plak dan sijil penyertaan.
7.4. Semua pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui telefon atau surat atau email.
7.5 Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.

Friday, July 5, 2013

Oh Mesir. Semoga Allah swt Melindungi Pemimpin Islam.

“Bersabarlah kerana kemenangan itu akan tiba, dan Allah telah berfirman ‘adakah kamu rasa kamu akan masuk syurga selagi Allah tidak mengetahui mereka yang berjihad di kalangan kamu dan mereka yang bersabar.” kenyataan Morsi dipetik web ikhwanonline.com.



Wednesday, June 19, 2013

KOMTAR dan Angry Bird

Hari ini pergi seminar dan ada cabutan bertuah iPad. Seperti biasa aku memang selalu tak dapat kalau cabutan bertuah. Ada borak dengan mamat dari TPM. Dia cakap kat KOMTAR sebelah City Square JB tu akan ada taman tema Angry Bird.

Menarik bukan? Ok itu sahaja. bye

Tuesday, June 18, 2013

Kami akan bersiaran langsung di KL hujung minggu ini

haha.
Sebenarnya takde mende nak post.
Bersedia kena pow kat IKEA.

Tuesday, June 11, 2013

Uninstall Perisian Secara Kawalan(Remote)

Baru jumpa satu script untuk uninstall software secara remote. Untuk sharing sebab aku rasa ia sangat berguna untuk orang IT di luar sana. Maklumlah, setiap tahun ada audit jadi kena pastikan yang semua perisian adalah legal.

Boleh digunakan dalam active directory. Anda hanya perlu pastikan username anda adalah seorang administrator dalam komputer tersebut. Untuk yang tiada active directory. Cadangan aku adalah semua mempunyai akaun administrator yang sama username dan password(belum pasti keberkesanan).


Dalam situasi aku, berada dalam active directory. Copy & paste script di bawah dan save sebagai batch file.

Tuesday, June 4, 2013

Zon Selesa

Amaran aku. Janganlah anda lontarkan pandangan membina pada orang yang dah lama berada dalam 'zon selesa'. Sebab orang macam ni akan cakap bersyukurlah pada yang ada. cukup la tu. haha. sekian.

p/s: tiada apa nak post. alhamdulillah selamat berhijrah sebelum 1 Muharram.