Monday, January 22, 2018

Tips Memilih Cooker Hob dan Kitchen Hood


Dah lama tak ada cerita kehidupan dalam blog ni. Hilang 'soul' dia. Aku nak cerita pasal memilih cooker hob dan cooker hood. Rumah aku sekarang guna Lebenstill(hob dan hood) dari China la mana lagi. Aku bagi rating 6/10 sebab dia punya brass mengembang dan bila masak lama-lama api dia macam nak padam...ke sebab lain? haha.. Hood dia jenis yang ada aluminium mesh gitu. Sila jangan beli jenis begini sebab kita orang asia ko faham la memasak keluar api bagai. Aku guna ducting salur udara memasak ke luar. Untuk rumah landed sesuai guna hood ducted type tapi untuk apartment guna yang slim hood yang mostly memang ada oil cup. Oil cup ni penting sebab minyak dari atas hood tu mungkin menitis masuk balik dalam masakan..sedap kan.kan.kan...



Sila pilih design piramid terbalik siap oil cup seperti dia atas atau kelak anda akan menyesal yang bersihkan so-called mesh tu. Apa lagi ek nak tulis. Owh dia punya suction tu pastikan at least 1000m³/hour ke atas baru la ok. Hob pula pastikan tunku cast iron baru kuat. Bukan yang tunku jenis halus tu. Ni bukan tunku kerabat diraja, ini tunku hitam penampung segala mak nenek kuali periuk.

1 comment:

Anonymous said...

UniteAR
Have you tried your AR, If not what are you waiting for???
Make your AR for free
Login and create your AR https://www.unitear.com/
https://www.unitear.com/
https://www.unitear.com/
https://www.unitear.com/