dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Monday, January 22, 2018
Tips Memilih Cooker Hob dan Kitchen Hood
Dah lama tak ada cerita kehidupan dalam blog ni. Hilang 'soul' dia. Aku nak cerita pasal memilih cooker hob dan cooker hood. Rumah aku sekarang guna Lebenstill(hob dan hood) dari China la mana lagi. Aku bagi rating 6/10 sebab dia punya brass mengembang dan bila masak lama-lama api dia macam nak padam...ke sebab lain? haha.. Hood dia jenis yang ada aluminium mesh gitu. Sila jangan beli jenis begini sebab kita orang asia ko faham la memasak keluar api bagai. Aku guna ducting salur udara memasak ke luar. Untuk rumah landed sesuai guna hood ducted type tapi untuk apartment guna yang slim hood yang mostly memang ada oil cup. Oil cup ni penting sebab minyak dari atas hood tu mungkin menitis masuk balik dalam masakan..sedap kan.kan.kan...
Sila pilih design piramid terbalik siap oil cup seperti dia atas atau kelak anda akan menyesal yang bersihkan so-called mesh tu. Apa lagi ek nak tulis. Owh dia punya suction tu pastikan at least 1000m³/hour ke atas baru la ok. Hob pula pastikan tunku cast iron baru kuat. Bukan yang tunku jenis halus tu. Ni bukan tunku kerabat diraja, ini tunku hitam penampung segala mak nenek kuali periuk.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:06 AM
kategori
tips memilih kitchen hob hood
Tuesday, January 16, 2018
Mary Kay Untuk Lelaki
asd
Mary Kay untuk lelaki? Ada beb. Aku kongsi Skinvigorate dengan isteri terchenta tapi lain2 berus.. Memang bersih la muka. Tak lenguh tangan ko nak gosok muka. Pencuci muka boleh guna yang korang tengah guna sekarang. Tapi kalau nak guna yang Mary Kay Men pun lagi di alu-alukan. Aku suka pakai Clear Proof® Deep-Cleansing Charcoal Mask sebab muka jadi anjal gitu. Yang ni boleh kongsi laki bini.
Kalau berminat boleh hubungi wife aku yang dah jadi pakar. kah3. Strictly untuk Mary Kay!!..

10:56 AM
Tuesday, January 2, 2018
UTC Pasir Gudang sudah beroperasi
Alhamdulillah UTC Pasir Gudang sudah beroperasi sejak 31 Disember 2017. Memudahkan warga Pasir Gudang macam aku ni. Terima kasih Najib..1Malaysia....1Malaysia..FELDA hilang tanah premium.eh..Makin panas Pasir Gudang lepas ni. Harga rumah dah melantun-lantun kat Pasir Gudang ni.
Tunggu perasmian dari ahli politik macam biasa. Tak kan pengetua SK Tmn Bukit Dahlia nak rasmikan pulak. PRU dah dekat mesti la pungpangpungpang. k bye
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
2:07 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)