Wednesday, January 27, 2016

Kenapa Anda Perlu Pilih RedOne?


Aku dah guna RedOne hampir setahun dan aku telah jimat banyak. Sebab utama aku ambil pascabayar adalah sebab kena GST berbanding prabayar tidak kena GST.........maaf terpolitik pulak. Sebab aku jenis tak suka kejap-kejap topup. Lepas tu bila kecemasan kredit habis bagaimana nak topup? Worst-case scenario gaisssss..Mari lihat penggunaan aku dengan RedOne.

Aku langgan:

Pakej RM8/sebulan

  1. guna atau tidak tetap RM8..memang murah. Mak aku guna pakej ni tanpa data so sangat murah, tidak perlu risau nak topup bagai. Yang penting anak mithali macam aku bayar setiap bulan=)
  2. RM0.15/minit semua telco. TAPI bila engkau telefon tidak sampai 30 saat caj yang dikenakan adalah RM0.08. Bila lebih 30 saat baru la RM0.15 di caj. HELLO zaman sekarang mana ada orang gayut kat telefon lama-lama. Wasap Telegram and so on....duhhhh..
  3. untuk ke talian RedOne adalah percuma. So korang ajak kawan-kawan masuk RedOne lepas tu call percuma untuk 6000 minit aka 100 jam.
  4. SMS ke lain rangkaian RM0.10 dan RM0.05 jika RedOne.
Gambar di atas nak tunjuk bawah 30 saat RM0.08.


Pelan Data RM30/sebulan 1GB+

  1. RedOne ni pelik sikit. Data kurang dari 3GB akan dapat signal 3G tapi kalau 3GB ke atas baru dapat 4G. tapi aku bukan orang yang jenis hadap sangat telefon so 1GB+ sudah memadai dan kat rumah pun ada UniFi.
Ini data yang aku guna. tak sampai 1GB.haha.


Prepaid ni korang tidak akan perasan jumlah sebenar korang guna sebab ko topup RM10. Lepas tu topup lagi dan lagi dan lagi...Jika dijumlahkan lebih RM50. Memang RM38+GST sebulan nampak macam mahal tapi berbaloi sebab once 1GB dah habis masih dapat internet tapi fair usage policy.

Tapi bergantung kepada individu untuk menjadi pengguna bijak. haha..Bagi aku guna RedOne berbaloi bukan sebab aku ejen sahaja tapi sebab kadar yang mampu milik bukan mampu tengok. Lepas tu kita boleh analisis penggunaan kita melalui bil yang kita dapat. Kalau guna topup penggunaan tak berapa nak nampak.

BERMINAT? hubungi 0123630328. Walau di mana pelusuk Malaysia anda berada aku sentiasa akan memberi perkhidmatan THORBAEKKKK..haha.

Wednesday, January 20, 2016

Amalan kecil jana pahala berterusan walaupun kita dah mati



  • Mengajar orang



  • memperdalamkan sungai



  • gali telaga - sediakan/bekalkan air utk manusia



  • tanam pokok



  • membina masjid



  • wakaf al-quran



  • meninggalkan anak yg mendoa untuk kita


Tidak faham? Tonton video di bawah


7 Perkara Pahala Berterusan - Ustaz Fawwaz Md Jan
Amalan kecil yang mampu menjana pahala berterusan walaupun kita sudah meninggal dunia. Jom cuba buat!LINK YOUTUBE : http://youtu.be/jHdOUxiOYXQ
Posted by Zonkuliah on Sunday, 28 September 2014

Friday, January 15, 2016

Gelombang Panas | Cara Untuk Menghadapinya


Baru nak main hujan sekali El Nino daa. Paneh woi. Kereta nak tinted gelap kena saman JPJ. Mari kita lihat langkah-langkah untuk menghadapi gelombang panas ini.


Tuesday, January 12, 2016

Tips untuk murid bermasalah Cakap dan lain-lain


Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:

1) Lambat menulis:

Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)

Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...

2) Murid Pelat:

Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.

Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

3) Murid lambat bercakap.

Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.

Sebab: longgarkan artikulasi murid

4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:

Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.

Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.

5) Murid hiperaktif

Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.

Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.