Thursday, April 25, 2013

Huk Aloh

Aku dapat rasakan pada masa akan datang banyak jenayah akan berlaku dalam Malaysia ni. Kenapa? Sekarang je kes ragut, culik dan rompak sangat berleluasa. Aku bukan nak cakap polis tak buat kerja tapi nak tekankan masalah dikalangan anak-anak muda sekarang.

Tidak semua tapi ia sudah cukup memberikan impak pada masyarakat. Sekarang punya sistem pendidikan sekolah menengah, exam hanya diambil ketika tingkatan 5. Mungkin sistem ini berkesan pada sesetengah pelajar tapi tidak untuk pelajar yang mindset nya 'no exam'. "Ala cikgu, mana ada exam." kata Ramli yang bercita-cita untuk menjadi pemain bolasepak professional di Manchester United.

Cikgu dipaksa rela untuk memberi gred 'cukup-cukup' makan. Kalau digagalkan budak tu mesti kena berhadapan dengan pihak atasan meminta penjelasan kenapa..why..why.. Hasilnya budak malas belajar. Aku kesian sebab masa depan budak-budak ini mungkin akan tergadai. Belajar malas, iq rendah. Lepas sekolah mintak kerja siapa nak hire?

Maka bermulalah mencari jalan mudah untuk dapatkan duit. RAGUT. MENCURI. MEROMPAK. Mula-mula buat memang rasa berdebar tapi once dah dapat dia punya 'tune'. Macam pernah buat je aku ek. Dulu masa 'fly' asrama untuk mencari makanan. 'Fly' ni term untuk budak asrama keluar tanpa pengetahuan warden. Dan waktu 'fly' adalah ketika hari masih gelap tak kira subuh atau tengah malam. Kalau ada rezeki jumpa la hantu.

Macam aku pulak yang cikgu, tapi aku suami cikgu so aku tahu. haha..Budak bergaduh guling-guling pastu langgar isteri aku. Kalau kau hangin? Aku harap kerajaan peka terhadap masalah ini. Jangan asik dok fikir nak meningkatkan prestasi akademik sahaja. Walau pandai tapi jiwa 'kosong' pun tak guna.

Sekian repekan untuk hari ini. Nak MC nak tengok Ironman 3.

No comments: