Friday, January 4, 2013

Cara Menghadapai Polis Yang Secara Terang Meminta Rasuah

Kadang-kadang selagi tak kena tak tahu apa rasa. Macam aku tadi rasuah polis trafik. cibet. Macam terpana, dah kasi RM50 baru terfikir kalau la.haha. but its too late. Rasa berdosa pulak dah kasi rasuah kat polis tu. Tapi entah polis tu rasa bersalah atau tidak wallahualam.

Memang aku salah sebab tak pakai tali pinggang. Biar lah aku disaman at least reminder la pada aku untuk pakai tali pinggang. Aku malas pakai seat belt sebab kereta pinjam yang aku guna tu tak selesa seat belt dia. Macam nak jerut aku kat seat tu. Tapi nasi dah jadi bubur so aku nak ingatkan pada korang semua. Ini bukan rekaan. Aku percaya ramai pernah kena.


Polis Trafik - IC dan lesen. Tadi pegawai saya nampak encik tak pakai tali keledar. Saman RM300. Tapi saya boleh tolong padam nama. RM50 sahaja. Nak bayar RM50 ke bayar RM300?

**masa kena tahan tu lupa suruh isteri aku rakam senyap2. dan aku pulak macam blur2. kalau situasi ini berlaku terhadap anda, sila siap sedia rakam perbualan sebelum turunkan cermin kereta. Rasa berdosa pulak bagi RM50 tu kasi polis trafik tu. ntah semak mana sorang lagi. Sebelum ni aku pernah kena tahan dengan JPJ tak pasal tali pinggan tapi OK je dia just suruh aku pakai tali pinggang.

Apa yang anda perlu buat ketika menghadapi situasi sebegini berdasarkan pengalaman aku lah?

1- standby rakam dalam telefon jika telefon anda canggih. biarkan polis tu habis cakap. maksud aku kau diam je sehingga dia mintak suapan. Pastikan kamera dapat rakam perbualan dan dapatkan nombor badan polis ni.

2- duit tu dia akan lipat dalam kereta atau dia akan suruh selit pada buku saman.

3- lepas dia dah ambil, baru la kita lantun balik dengan polis tu. Pastikan IC dan lesen memandu dah pulang balik.

* Dah lama ke pakcik buat kerja macam ni? Saya sebenarnya lebih rela kena saman RM300..eh RM150 sebab dapat diskaun 50% sebab bayar cepat. Boleh pulang balik duit RM50 sebab saya rakam perbualan pakcik tadi.

* Pegawai tu sembunyi celah mana tepi jalan? Kalau betul nak cari duit lebih jual la goreng pisang tepi jalan ke, jangan dok tepi sembunyi tepi jalan cari salah orang. Memang saya salah tidak pakai tali pinggang tapi salah saya tidak diambil kira di akhirat kelak. Kesalahan pakcik mintak rasuah tu confirm lah di ambil kira.

* masa dia beredar, jerit "See you in court. Saya dah rakam pakcik terima rasuah." Pecut laju tengok dia kejar tak.haha. Ini sudah extreme la. Tunggu polis tu patah balik atau tidak.

p/s: semakin lama kita hidup semakin banyak dugaan kita akan hadapi sebab hidup ini sebenarnya dugaan. Sesetengah orang didugakan dengan kekayaan. Allah swt nak lihat kekayaan itu dilaburkan ke duniawi atau akhirat. Sesetengah orang didugakan dengan miskin, Allah swt nak lihat samada orang tu mampu berusaha mencari rezeki halal atau sebaliknya. Jangan emosi sangat bila kita dihadapkan dengan dugaan sebab setiap dugaan yang kita hadapai ini sebenarnya adalah untuk memperingatkan supaya dekatkan diri pada yang Esa. Tarik nafas panjang-panjang dan hadapi dugaan dengan akal dan iman.


No comments: