Monday, June 25, 2012

Das Auto

Alhamdulillah berjaya mengharungi minggu yang super berliku. Minggu lepas budak kecik demam on-off batuk selsema. Bila budak kecik tidak berasa selesa, mood akan menjadi tunggang terbalik. Hasilnya PANDA.


Lepas pergi Regency dan kedatangan tok mak dan tok ayah. Keceriaan budak kecik kembali normal walaupun selalu kena buli dengan adik-adik ipar aku yang lelaki. Minggu lepas aku 'terpaksa' OT sebab ada server yang boleh di'attend' ketika kebanyakkan sedang offline. Balik 1-2 pagi. Sampai rumah budak kecik baru bangun tidur.

Esok pagi kerja macam biasa tapi sebab office-mate aku pergi training, kadar bunyi telefon bimbit aku lebih kerap berbunyi sampai bateri hampir kong. Balik kerja, attend si budak kecik dan kemudian siap-siap pergi kilang attend server pulak. Keadaan ini berterusan sampai Khamis di mana aku hampir melepasi takat didih.

Fuhh...Ini belum anak kembar lagi.LOL. Cabaran ini adalah rutin biasa bila sebelum atau selepas 16 haribulan(hari budak kecik keluar dari rahim) setiap bulan. Minggu lepas paling mencabar setakat ini.

No comments: