Tuesday, February 21, 2012

Johor FC tetap di hati

Sejak aku kerja di Pasir Gudang, semangat main bola membuak-buak. Sampai beli but mahal-mahal tapi tak sesuai dengan kaki aku..pffttt. Nak tahu sebab apa membuak? Ya sebab stadium yang Johor FC selalu main adalah sangat dekat dan aku pernah main dalam padang tu. Tapi aku pelik la Felda United main di Stadium Hang Jebat.


Sejak Johor relegate ke Liga Premier, memang Johor FC penyelamat semangat bolasepak negeri Johor. Hujung minggu lepas aku terbaca pasal artikel dalam The Star. TMJ sekarang adalah presiden baru PBNJ. Kawasan Pasir Gudang pun memang aktif dengan aktiviti bolasepak. Dekat padang bomba ada empat padang, sebelah stadium pun ada empat padang. Padang kastam lagi. Banyak beb padang.

Walaupun boleh kira pakai jari tengok Johor FC main kat stadium, tapi masih mengikuti perkembangan JCorp FC....eh Johor FC. Last aku tengok, masa zaman bujang dulu pastu dah kahwin.. Tunggu anak aku besar sikit aku pergi tengok. TMJ memang sportsman sebab aktif bersukan tapi...Ini aku CnP dari sokernet.blogspot.com.

***************

Crawley Town, Stevenage FC Serta Johor & Johor B


Hujung minggu lepas aku luang masa melayan perlawanan FA Cup. Ye, FA Cup milik orang putih, bukan Piala FA yang kita punya tu.
Apa yang aku suka tentang FA Cup ialah apa yang orang putih gelar 'the romance of the FA Cup'. Cerita tentang kelab-kelab bola kecil yang berjuang dalam pertandingan bola sepak kalah mati tertua di dunia di mana dalam pengembaraan itu mereka akan berdepan kelab-kelab gergasi. Lazimnya kelab kecil kalah, tapi ada masanya 'The Davids beat Goliaths' macam apa diungkap di bait pertama sajak Paul Cookson, 'The Romance Of The FA Cup (And We're In Love With It Again)'.

The year of the under dogs
Where giants have been killed
The Davids beat Goliaths
Fantasies fulfilled
Anything is possible
Eleven vee eleven men
The romance of the F.A. Cup
And we’re in love with it again
Dua kelab kecil turun menentang kelab gergasi EPL minggu lalu yang menarik perhatian aku, Crawley Town dan Stevenage FC.
Crawley Town seperti namanya adalah sebuah kelab bola dari Crawley, sebuah bandar berpopulasi 107,600 penduduk yang terletak dalam county West Sussex. Kelab bola Crawley Town ini bermain dalam League Two (divisyen 4) setelah musim sebelumnya menjuarai Conference National (divisyen 5). Gelanggang mereka ialah Broadfield, sebuah stadium dengan kapasiti 4,996 (1,150 duduk). 
Hari Ahad lalu Crawley Town meraikan kunjungan kelab EPL bernama Stoke City yang terkenal dengan permainan 'anti football' mereka. Berdepan Goliath, Crawley Town tewas 2-0. Pun begitu, untuk sebuah kelab divisyen 4 yang mengembara jauh sehingga pusingan ke-5 FA Cup, itu sudah dikira cukup hebat. Yang paling penting, Crawley Town mengutip ratusan ribu dari duit kemenangan dan jualan tiket perlawanan FA Cup.
Stevenage FC pula adalah sebuah kelab bola dari Stevenage, sebuah bandar berpopulasi hanya 81,800 penduduk yang terletak dalam county Hertfordshire. Kelab bola Stevenage FC ini bermain dalam League One (divisyen 3) setelah musim sebelumnya dipromosi naik dari League Two (divisyen 4) kerana berjaya menduduki posisi ke-6 liga. Gelanggang mereka ialah Broadhall Way, sebuah stadium dengan kapasiti 7,100.
Hari Ahad lalu Stevenage FC meraikan kunjungan kelab EPL di posisi ke-3, Tottenham Hotspur. The Boro, yang seronok sakan sebelum ini bila diundi bertemu Spurs, mengikat lawan Goliath mereka 0-0. Kini mereka berseronok sakan sekali lagi kerana akan mengadakan perlawanan ulangan di White Hart Lane, pertama kerana ianya bakal menjanjikan kutipan jualan tiket lumayan dan kedua kerana bukan senang untuk sebuah kelab kecil dapat peluang bermain di gelanggang sebuah kelab gergasi seperti Tottenham.
Macam mana Crawley (yang populasinya lebih kurang sama dengan Ulu Tiram) dan Stevenage (populasi lebih kurang seperti Labuan) boleh mempunyai kelab bola yang bermain di dalam FA Cup?
Pertama sekali sebab kerana orang-orang di Crawley dan Stevenage tidak mahu duduk diam berpeluk tubuh bila melihat orang bandar besar di Manchester, Liverpool, Newcastle atau Madrid, Milan dan Munich mempunyai kelab bola tersendiri. Jadi mereka menubuhkan kelab bola mereka. Biar main tak power, biar tak ada star dan biarlah stadium sekangkang kera yang penting mereka dapat main bola.
Kedua pula, sebab Sussex County FA dan Hertfordshire County FA tidak menghalang penduduk Crawley dan Hertfordshire dari mempunyai kelab bola sendiri. Sebaliknya Sussex County FA dan Herfordshire County FA ini lebih berminat mentadbir hal ehwal bola sepak serta menganjurkan liga country mereka dari mengurus dan menghantar sebuah pasukan bola untuk bermain di peringkat kebangsaan England sana.
**********
Sebelum aku menyalak lebih lanjut tentang hal Johor, eloklah kamu semua baca dua artikel lama Sokernet:
Dua artikel ini bukan baru, tapi sudah keluar sejak tahun 2010 lagi. Aku berani katakan isu ini sudah lama diperkatakan Sokernet, lama sebelum sebahagian besar rakyat Johor tiba-tiba jadi fanatik bola bila Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjadi Presiden PBNJ.
Tetapi perjuangan solidaritas Sokernet untuk mempertahankan Johor FC akhirnya berkubur juga. Kini kelab bola paling berjaya (lebih berjaya dari MPPJ FC yang menang Piala Malaysia sekali dan kemudian terus masuk liang lahad) dalam sejarah bola Malaysia akhirnya bakal menghembuskan nafas yang terakhir. Akan ada yang berkata Johor FC masih wujud, tetapi apa ertinya wujud itu kalau nama ditukar menjadi Johor B dan pentadbiran diletak bawah PBNJ?
Penentangan aku dalam hal bola Johor ini bukan sebab dengki pada Johor atau pun pada TMJ. Tapi sebabnya bagi aku apa yang berlaku adalah satu langkah ke belakang dalam usaha kita nak mengubah dan memajukan bola sepak Malaysia. Bila negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam malahan Myanmar berusaha mewujudkan bola berasaskan kelab, kita masih lagi terkongkong dengan bola berasaskan negeri.
Dan dalam kes Johor FC, kita ada sebuah kelab yang berjaya. Pengurusan bagus, prestasi pasukan baik dan yang paling penting telah berjaya menjadi kelab yang mampu menarik sokongan orang ramai. Tetapi akhirnya kelab ini 'dimakan' oleh FA negeri atas alasan 'kita cuma ada satu negeri'.
Apa yang berlaku hanya membantutkan pertumbuhan kelab bola. Sebaliknya bola sepak kita kekal berpaksikan negeri dan terus dikawal oleh FA negeri. Sudahnya, bola sepak berasaskan kelab terus menjadi mimpi buat kita yang terpaksa berpuas hati dengan 14 pasukan negeri (atau mungkin 28 pasukan negeri kalau semua negeri tiba-tiba mewujudkan pasukan B masing-masing).
**********
Setiap kali aku ketengahkan pendapat kita mesti memansuhkan pasukan negeri dan mewujudkan kelab bola dengan sebanyak mungkin, hujah-hujah dari mereka yang tidak bersetuju ialah populasi kita sedikit, kewangan tidak mencukupi dan tidak ada penaja.
Cakapkan benda yang sama pada penduduk Crawley atau Stevenage dan mereka akan gelakkan anda, lebih-lebih lagi kalau anda berasal dari bandaraya berjuta penduduk seperti Johor Bahru atau Kuala Lumpur.
Crawley Town atau Stevenage FC bukan Manchester United, tapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi kelab bola. Populasi sedikit? Tidak apa, stadium pun kecil dan kalau sudah ada 5,000 penyokong itu sudah bagus. Kewangan ciput? Dah namanya pun kelab kecil, bukan perlu duit ratusan juta seperti Liverpool. Tidak ada penaja yang power? Penaja power seperti Emirates biarkan saja menaja kelab seperti Arsenal, kelab kecil Stevenage FC sudah cukup dengan tajaan kedai jual kereta atau perkhidmatan teksi pekan Stevenage.
Tapi di Malaysia, kelab bola hidup segan mati tak mahu bukan kerana orang Malaysia tak ramai, duit tak ada atau penaja susah nak dapat. Tapi sebab tak ada siapa berminat nak tubuhkan kelab bola dan menyokong kelab bola kerana semua sibuk mendewakan pasukan negeri masing-masing.
Dan kalau pun ada kelab bola yang berjaya, nasibnya mungkin jadi macam Johor FC.
**********
Berbalik pada Johor, rata-rata rakyat Johor ramai yang menyetujui apa yang berlaku. Johor FC pun nampaknya kini lebih banyak diam tanda setuju, mungkin kerana muafakat membawa berkat.
Setelah dikatakan sebagai 'anjing menyalak yang tidak berani menggigit' serta disuruh 'berambus', jadi aku rasa biarlah orang Johor dengan bola sepak mereka sendiri.
Semoga mereka menang Piala AFC.
Amin!

No comments: