Tak sangka dapat jumpa Musa Hassan dalam kilang ni. Bekas Ketua Polis Negara tu. Dia sudah pencen tapi apa kepentingan beliau kat kilang ini?!. Siap ada bodyguard tu, mak-guard la cakap kat aku. Dia banyak musuh sambung mak-guard tu lagi. Aku sambung, saya pun musuh dia..haha.Kebetulan aku tengah bawa kontraktor TM.
Tapi aku sangat respek pada bapa beliau iaitu Ustaz Hassan Azhari. Ustaz Hassan ini common pasal Al-Quran dan tajwid. Sudah lebih 50 kali jadi hakim dalam pertandingan tilawah al-quran.
Biodata Datuk Hassan Azhari
- Dilahirkan di kampung Syu’ib Amir di Mekah pada 18 Ogos 1928.
-
Ayahnya bernama Azhari Abdul Khaliq, tokoh agama terkenal di Selangor
manakala ibunya ialah Fatmah Abdul Hakim, berketurunan Arab Mesir
al-Shanani dan Padang, Indonesia.
- Dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang berilmu dan beragama.
- Mempelajari al-Quran sejak kecil di Mekah. Di peringkat rendah, mempelajari secara formal di Madrasah Dar al-Ulum, Mekah.
-
Antara guru beliau di sini ialah Sheikh Yasin al-Fadani dan di Masjidil
Haram, gurunya ialah Sheikh Ismail Tamim (salah seorang imam masjid di
Mekah)
- Ketika berusia lapan tahun, berhijrah ke Malaya (Malaysia) bersama abangnya, Abdul Hakim dengan menaiki kapal laut selama beberapa bulan.
-
Di Malaya, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Marta
al-‘Ulum al-Diniyah di Kuala Langat, Selangor seterusnya ke Sekolah Arab
al-Hayat al-Mardiyyah di Kampung Jawa, Selangor.
-
Menyambung pelajaran ke Sekolah al-Junaid, Singapura selama dua tahun
untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Antara gurunya ialah Sayyid
Abu Bakar al-Saqqaf dan Sheikh Abdullah al-Faqih.
- Menyambung pengajian ke Maahad al-Ulum (kini Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Kelang) dan memperoleh sijil Rabi’ Thanawi.
- Bagi mendalami pengajian al-Quran, beliau kembali ke Mekah dan menyambung pengajian dengan Sheikh Ismail Tamim.
- Kemudian mempelajari bidang tarannum dengan beberapa ulama terkenal antaranya Syed Mahmud Lutfi Amir.
-
Guru-guru al-Quran yang lain ialah Sheikh Mahmud al-Bukhari (riwayat
Hafs), Sheikh Muhammad Abdul Samad, Dr. Ahmad Nuaina dan Syed Mahmud
Amin Tantawi (riwayat Warsy Imam Nafi’).
- Melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.
-
Melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling,
Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan,
Brunei.
No comments:
Post a Comment