dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Wednesday, September 1, 2010
Simpan Uri dan tali pusat?
Kelmarin aku ada jumpa doktor pakar dengan mak buyung aku. Mak buyung aku merupakan pembawa talasemia tetapi aku suci dari talasemia.haha..ok tidak kelakar. Doktor pakar terus cakap pasal stem cell. Aku bab-bab BIOLOGI memang F- sebab aku ambil PRINSIP AKAUN masa SPM. Doktor pakar tu cakap jikalau ditakdirkan yang anak aku berkahwin dengan penghidap talasemia atau pembawa talasemia, stem cell ni dapat membantu.
OK pening sekarang. Doktor pakar tu terus cakap nanti ambil pamplet pasal stem cell ni kat Hospital Penawar. Jadi tadi aku ada ambil pamplet tu dan belek-belek secara melepaskan batuk di tangga. Stem cell ni mampu mengubati macam-macam penyakit. Malaysia setakat ni ada dua syarikat(StemLife dan CryoCord) yang menawarkan penyimpanan uri serta tali pusat serta ntah apa lagi ntah yang di luar pemikiran PRINSIP AKAUN aku.
Menarik bukan?!..Sheila Majid dan Sofia Jane pun terjerumus ke kancah simpan uri tau. Mereka simpan kat StemLife. UAE pun mempunyai BANK darah tali pusat yang di biayai oleh kerajaan..aku ulang kerajaan. Setahu aku orang melayu biasanya akan basuh uri dan tanam. Penanggal mesti suka lepak kat StemLife dan CryoCord, tidak perlu susah-susah...haha..OK tidak seram. Harga pulak aku tidak pasti sebab masih dalam kajian.
Apa-apa hal pasal perkara ini aku akan kemaskini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
majalah 3 di tv 3 pernah tunjuk mcmne diorg simpan tali pusat nie, dan apa fungsi tali pusat nie di masa akan dtg... majoriti yg simpan, org cina... katanya, digalakkan, tali pusat anak sulung di simpan... melalui tali pusat nie, katanya, kita leh tau penyakit si anak berkenaan... wallahualam..... dan melibatkan ribuan RM... mampu dan tak mampu je...
Betul2...i saw that documentary Majalah 3. Good for our future but in religious part have to be clear and refer to responsible person/agency.
Nice post you have shared here thanks for sharing and keep going on and keep posting. Stem Cell
Post a Comment