Dah lama tak ada cerita kehidupan dalam blog ni. Hilang 'soul' dia. Aku nak cerita pasal memilih
cooker hob dan
cooker hood. Rumah aku sekarang guna Lebenstill(hob dan hood) dari China la mana lagi. Aku bagi
rating 6/10 sebab dia punya brass mengembang dan bila masak lama-lama api dia macam nak padam...ke sebab lain? haha.. Hood dia jenis yang ada aluminium mesh gitu. Sila jangan beli jenis begini sebab kita orang asia ko faham la memasak keluar api bagai. Aku guna
ducting salur udara memasak ke luar. Untuk rumah
landed sesuai guna
hood ducted type tapi untuk apartment guna yang
slim hood yang
mostly memang ada
oil cup.
Oil cup ni penting sebab minyak dari atas hood tu mungkin menitis masuk balik dalam masakan..sedap kan.kan.kan...
Sila pilih design
piramid terbalik siap
oil cup seperti dia atas atau kelak anda akan menyesal yang bersihkan
so-called mesh tu. Apa lagi ek nak tulis. Owh dia punya
suction tu pastikan
at least 1000m³/hour ke atas baru la ok. Hob pula pastikan tunku cast iron baru kuat. Bukan yang tunku jenis halus tu. Ni bukan tunku kerabat diraja, ini tunku hitam penampung segala mak nenek kuali periuk.