Petang semalan teman Zaheen pergi playground depan rumah, ternampak sebuah skateboard tapi tuan nya maen bola.kah. Terus mengimbau kenangan lama. Kali terakhir main skateboard masa di KMJ.
Start main masa tingkatan dua. Tapi main bukan nak jadi macam Pak Din, Tony Hawk, Rodney Mullen atau Chad Muska. Main untuk keluar peluh..chewah. Rasa cool bila bawa skateboard tu masa ujian untuk masuk MRSM.lol.
Sampai beli skateboard yang jenis fibre glass. Sekarang skateboard aku entah pada kawan aku rasa nya. Masa di KMJ biasa main GAP. Laluan ke perpustakaan macam mendaki sedikit, tu port best untuk main GAP. Pasu bunga pun sedap gak untuk ollie. Tak pecah pun pasu bunga..ok tipu.
Sekarang dah bersara. Antara skill yang aku berjaya complete adalah..ollie, nollie, 360 flip, kick flip, heel flip dan 180 flip. Betul ke skill yang aku cakap tu, main petik je. Tapi lepas main skateboard lepas tu main bola rasa kaki ringan sangat sebab skateboard tu bukan senang ko nak air born kan dia.
p/s: semoga JDT menang Piala AFC.
dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Monday, February 3, 2014
Papan Luncur | Skateboard
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:53 AM
kategori
bersara skateboard,
kenangan,
kmj
Wednesday, January 29, 2014
Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang Ke-19 | 19-23 Februari 2014
Festival ni memang setiap tahun menjadi event utama untuk warga Pasir Gudang macam aku. Tanpa melengah masa aku dah rasmi kan dulu dengan Zaheen. kah.
Ini bukan kat Bukit Layang-layang tapi dekat Tanjung Balau. Ingat nak mandi tapi angin kuat dan ombak besar serta kuat. Dan-dan ada orang jual layang-layang. Kalau guna layang-layang aku buat confirm naik tak turun-turun sebab benang putus. At least kena pakai benang nilon kalau main layang-layang tepi laut.

10:53 AM
kategori
2014,
festival layang-layang,
pasir gudang
Wednesday, January 22, 2014
Bila Windows XP Arwah April ini - 95% mesin ATM Seluruh Dunia Mungkin Terjejas.
Hampir 95% mesin ATM seluruh dunia masih menggunakan Windows XP untuk beroperasi. April ini Windows XP akan dikafankan oleh Microsoft dan disemadikan di lianglahat.com. Mungkin ada penggodam macam aku akan cuba cari loophole dan mendapat duit seperti jatuh dari langit.
sumber.
sumber.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
12:15 PM
kategori
pesanan masyarakat,
Windows XP
Thursday, January 16, 2014
Ranking Kelajuan Internet - Paling Lambat dan Paling Laju
Sebelum itu kita lihat dulu ranking sebelum aku kupas.
Aku check provider di Hong Kong dan yang paling murah HKD398 bersamaan RM168.74. Kelajuan dia adalah 100Mbps!!!!.. Paling busuk pun 8Mbps. Malaysia RM150 kelajuan 5Mbps. Aku rasa TM sangat untung gila gaban.
OK itu sahaja kupasan. Ice breaking post untuk 2014. Aku dengar 13 Jan diisytihar Hari Kangkung Sedunia? Cuti tak ek?
Top 10 Fastest Internet Speed
1) Hong Kong
1) Hong Kong
2) South Korea
3) Japan
4) Latvia
5) Romania
6) Belgium
7) Switzerland
8) Bulgaria
9) Israel
10) Singapore
Top 10 Slowest in World
1) Libya
2) Nepal
3) Nigeria
4) Iran
5) India
6) Bolivia
7) Syria
8) Indonesia
9) Kazakhastan
10) Malaysia
Aku check provider di Hong Kong dan yang paling murah HKD398 bersamaan RM168.74. Kelajuan dia adalah 100Mbps!!!!.. Paling busuk pun 8Mbps. Malaysia RM150 kelajuan 5Mbps. Aku rasa TM sangat untung gila gaban.
OK itu sahaja kupasan. Ice breaking post untuk 2014. Aku dengar 13 Jan diisytihar Hari Kangkung Sedunia? Cuti tak ek?
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:17 AM
kategori
internet,
keITan,
pendidikan,
pesanan masyarakat
Tuesday, December 31, 2013
Cara Menyah-pasang ACER Aspire One D270
Memang wow tatabahasa untuk tajuk kali ini. Menyah-pasang?!!..Pertama nya aku nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dengan bantuan netbook 1Malaysia ni kepada warga FELDA. Mak aku yang 'hadiah' kan kepada aku pada tahun 2012. haha..Orang kuat UMNO boleh dapat dua tiga biji netbook ni. Tapi masih tidak diketahui nasib netbook-netbook yang diedarkan ini.
Alhamdulillah yang mak aku hadiahkan pada aku masih bernyawa cuma keyboard bermasalah. Sudah order spare part keyboard yang berharga RM70 termasuk penghantaran. Aku usha harga kat ACER Kip Home Mart. Siap tanya mana netbook nya sebab dia nak tengok. Aku cakap aku nak pasang sendiri. Padahal aku dah beritahu model apa. Sekali tanya harga RM150 terus aku cakap okay dan berlalu pergi sambil berkata di dalam hati baik aku beli online jimat RM80.
Sudah melalut. Mari kembali ke topik asal. Cara menyah-pasang ACER Aspire One D270:
- Umpil keyboard anda. Umpil dari bahagian atas menggunakan skru-driver mata pipih.
- Cari perkataan door dan di situ mesti ada skru berdekatan dengannya. Nyah-skru.haha..jangan gelak.
- Ada bahagian Door yang menunjukkan anak panah yang tidak mempunyai skru. Tekan perlahan-lahan.
Selesai. Tidak faham? Lihat video di bawah.
p/s: netbook hanya boleh support maximum 2GB RAM. AOD270 boleh upgrade ke SSD hard disk. Ada rezeki lebih boleh upgrade netbook ni inshallah.

8:00 AM
kategori
acer aspire one d270,
keITan,
travelmate 3210
Monday, December 30, 2013
Tidur Di Tengah Jalan Raya
Tadi balik dari stock take (chewah macam orang finance pulak), di lampu isyarat sebelum Panasonic jumpa orang 'tidur' siap pakai selimut tengah jalan. Ada 'air liur' basi sekali. Budak sekolah kot sebab nampak kat motor dia tersangkut rapi beg sekolah baru.
Dah dua kali jumpa orang tidur di tengah jalan. Sebelum ni selimut guna zink je. Semoga Allah swt melindungi aku masa menunggang motosikal. Amin.
Dah dua kali jumpa orang tidur di tengah jalan. Sebelum ni selimut guna zink je. Semoga Allah swt melindungi aku masa menunggang motosikal. Amin.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
2:52 PM
kategori
kemalangan,
kematian
Tuesday, December 24, 2013
Alahai Anak
Pagi tadi cubaan Zaheen hantar pergi nurseri since lepas ni lepas pergi sekolah terus masuk nurseri. Meraung macam kena dera. Alahai anak. Semalam Zaheen siap cakap suruh ibu duduk rumah dengan Zaheen.
Meruntun jiwa betul la. Tadi pun masa merempit lepas hantar Zaheen macam sebak je. hmmm...Mungkin sebab cuti sekolah, Zaheen macam dah fully attach dengan ibu dia. Semoga Zaheen tabah ye nak.
Meruntun jiwa betul la. Tadi pun masa merempit lepas hantar Zaheen macam sebak je. hmmm...Mungkin sebab cuti sekolah, Zaheen macam dah fully attach dengan ibu dia. Semoga Zaheen tabah ye nak.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:12 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)