Monday, January 11, 2010

geng bas sekolah

sebelum aku masuk sekolah asrama, sempat aku sekolah menengah harian. kampung aku takde sekolah menengah tp yang pelik ada Maybank so aku kena pergi sekolah menengah kampung sebelah. jauh jugak dalam 20 km kot..anggaran rambang mata aku..mane yang mak bapak kasi bawa motor pergi naek moto..mane yang anak bongsu macam aku ni kena la pergi sekolah naek bas.
biase nya budak-budak lelaki kena masuk lalu pintu kecemasan sebab bahagian belakang bas akan di 'conquer' oleh lelaki. kesalahan jenayah disiplin akan berlaku di bahagian belakang bas ini. apakah kesalahan itu?!...ye menghisap rokok...aku?..owh tidak..aku tidak hisap rokok lagi pada waktu itu. kesalahan ini bergantung kepada ketegasan drebar bas..kalau drbar bas buat dono je..berkepul-kepul la asap yang akan keluar dari bahagian belakang bas tu seolah-olah ekzos bas berada dalam belakang bas.

ada tiga bas yang disediakan koperasi kampung aku & tiap-tiap satu mempunyai nama tersendiri. Bas pertama dikenali sebagai Hino. Hino ni dia punya drebar memang tegas & budak-budak bawah 18 tahun ni tidak sesekali berani untuk menghisap rokok. Hino adalah model bas ni..disebabkan masa tu ia adalah baru so tiada nama spesifik untuk bas ni.

Bas kedua adalah Kombat. spesies bas ni yang jenis kepala dia cam separa bulat. sebab bas ini diberi nama kombat adalah sebab bas masa tu ada roadblock & kebetulan bas ni roadtax mampus...so untuk mengelak ditahan polis bas ni redah jalan kebun kelapa sawit...bas ni selalu berlaku kejadian merokok sebab drebar tak tegas macam Ketua Polis Negara..opss..

bas ketiga nama dia Keramat. spesies bas ni sama seperti Kombat cuma Keramat lebih tua dari Kombat. kalo korang naek bas ni rasa macam nak kiamat..gegar sane..gegar sini..bunyi sana..bunyi sini.so kalo naek bas ni kena banyak mengucap & istifar.
tamat sudah pasal bas...nak cerita sikit pasal bapak & anak. ahad lepas aku & bini pergi usha-usha rumah untuk di sewa. sungguh banyah rumah kat pasir gudang yang terbiar+dilelong.ade rumah tu sampai pokok die dah besar bagak..ntah pokok balak..kalau aku tau pokok balak sure aku tebang jual. ada jugak side income aku...melalut sudah..

Puas cari rumah yang tidak ketemu..berhenti sebentar bini aku nak photostat ape kebende ntah tapi pasal sekolah dia la..aku park kuda puteh aku depan kedai runcit..ngam ngam sui ada kancil park depan kereta aku. drebar kancil pun keluar.. ciri-ciri drebar adalah seorang bapak siap pakai rantai..pakai short & singlet..muke toksah nak cakap la kegengsteran dia..bawa anak kecik sorang & di tinggal sorang2 dalam kereta. si bapak ni nak tukar tong gas memasak. tiba-tiba wiper kereta kancil tu bergerak..sah budak tu bawak main kereta kesayangan bapak dia. bapak dia datang balik ke kereta dia di bahagian drebar. kena tempeleng sekali anak dia.aku rasa baru dua tiga tahun budak tu..aku just perati je. lepas dah tempeleng+marah anak dia tu dia off kn wiper tu. anak dia dah tergalih kat bahagian co-drebar. si bapak menuju ke arah seat belakang di mana terletak nya tong gas yang kosong tu. sebelum si bapak ni angkat tong tu sekali lagi anak dia tu di tempeleng+marahi. adus...sadis aku tengok budak tu..besar sangat ke salah budak tu. lepas dah angkut tong gas yang baru..si bapak pun beredar..aku still perati lagi..si budak kalo duduk kat co-driver tu suka pegang dashboard sambil tengok hadapan..same goes to budak ni..sekali lagi kena dengan bapak dia.

bagi aku..tak perlu si bapak buat camtu kat anak die yang comel tu. ntah..laen orang laen hati..

Friday, January 8, 2010

kenapa & mengapa

aku dengan hidung kempis memiliki celcom berukban tapi dalam dua tiga bulan yang lepas aku tak guna tapi member aku yang guna. tapi member aku ni ada masalah kerja kontrak tak disambung so dia tak bayar selama dua tiga bulan. member aku pulak sengal tak bagitau aku..kalau tak aku suruh dia cepat-cepat kasi balik berukban kat aku.. tapi member aku tu dah bank in duit yang tertunggak tu.

aku tiba-tiba terfikir KENAPA...aku bagi contoh la...aku register celcom berukban, bayar berukban & sebulan punya caj. lepas tu aku terlambat bayar terus celcom potong connection aku untuk ke internet.aku ngada+gedik tak bayar untuk dua bulan..aku still tidak boleh layari internet tapi pada masa yang sama aku masih dikenakan caj untuk kedua-dua bulan tu. faham tak apa yang aku maksud kan?!..bukan masalah mampu atau tidak..servis yang aku guna dari celcom aku tak dapat guna untuk dua bulan sebab celcom tutup port connection aku ke internet tapi celcom masih cas..aku tak baca T&C kot..kenapa aku tak guna yang prepaid?sebab masa aku register dulu prepaid berukban belum ada lagi..
sama juga pasal cukai..LDHN menghantar surat kepada lebih kurang tiga juta pembayar cukai di Malaysia hanya untuk memberitahu yang LHDN tidak akan menghantar borang kepada pembayar-pembayar cukai ini. paling busuk pun setem yang akan diguna adalah 30 sen & kos untuk setem je dah RM900000. itu belum masuk kos cetak, kertas & etc. Pembaziran bernilai lebih kurang RM1 juta..yang mendapat durian runtuh Pos Malaysia jugak.

kenapa?..aku tak mampu..
kenapa?..berlaku pembaziran..
kenapa?..aku nak tanya rosmah sebab apa dia nak kecoh-kecoh dia telefon isteri PM Mesir supaya membebaskan pelajar Malaysia
kenapa?..gaji aku tak naik-naik..haha...tiada kaitan..

mungkin jawapan di sini..

Wednesday, January 6, 2010

seluar sekolah

sejak masuk tahun baru, banyak kali kena masuk plant. tapi bagus jugak, at least ade mende baru aku dapat. contoh kalau kita sudah install MS Office 2003 & pastu install MS Office Pro '97..di sini akan ada masalah icon selepas MS Office Pro '97 tu di 'uninstall' kan.

tapi ada insiden melucukan atau ntah..hehe..aku punya seluar kerja ada dua helai je. satu warna hitam & satu warna hijau gelap. nak dijadikan cerita aku pakai yang warna hijau. sedang aku melakukan kerja-kerja aku sebagai IT Analyst operator. sekali ade sorang mamat ni tegur aku dengan selamber.."wei seluar ko macam seluar sekolah menengah la"..aku cam terkedu la die cakap seluar aku macam seluar sekolah..haha..terus aku jawab "abeh tu..seluar ni je ade"..haha..

bagus la camtu..at least aku still nampak teenager gitu...sumpah aku tak pakai lagi seluar tu lagi. seingat aku last aku pakai seluar hijau ni masa tingkatan 3. masa sambung belajar kt MRSM kena pakai seluar coklat or biru gelap. nak tau tak, harga sebenar kereta import yang kita beli kat Malaysia yang baru sampai kat pelabuhan. Honda Jazz 1.5 i-VTEC RM41627..Ford Focus 1.8 Ghia RM41000..Mazda RX-8 RM75238..cuba korang cek kat Mutiara Motors atau Tan Chong Motors berapa harga dieorang jual?..Saga SE aku lagi mahal siot!!!..aku tak tipu..tgk sini.

Aku pernah dapat komen,ko tak bangga ke Malaysia ada kereta sendiri?Ya.Aku bangga.Tapi masalahnya,adakah patut rakyat Malaysia dibebankan dengan cukai-cukai sebegini rupa hanya untuk memastikan Proton terus hidup?Seolah-olah Proton sebenarnya tak mampu nak menghasilkan kereta berkualiti dan affordable,yang mampu dijual kepada RAKYAT MALAYSIA dengan harga lebih murah berbanding pengeluar lain.Apa benefit Proton kepada rakyat Malaysia secara directnya?Mungkin akan ada yang cerita pasal ekonomi berkembang lah,ekonomi berjalan lah...tapi adakah benda2 ekonomi tu mempengaruhi poket anda secara direct?Bukankah anda masih berhutang 7 tahun,9 tahun semata-mata untuk membeli kereta?Jangan cakap Proton muda lagi dan sebagainya.Tengok KIA,mereka mula buat kereta tahun 1986,sebaya dengan Proton.

sumber cursing malay


aku ada perasan la..website kerajaan almost semua dah di 'mat salleh' kan..tak up-to-date sungguh aku ni...contoh.. Kastam Di Raja Malaysia..domain dieorang guna www.customs.gov.my..ni terpengaruh PPSMI ke ape?hehe..terlajak cerita pasal PPSMI ni, aku nak cerita pasal sekolah bini aku yang ditaja dengan ICT-things oleh seorang pengarah hospital panel kilang aku. ada taklimat pasal tajaan ni. pengarah ni punya berlagak tahap gaban, siap cakap yang die dulu belajar sendiri je, takde cikgu pun die boleh berjaya..gaji seorang doktor pakar macam die sampai ENAM angka sebulan. aku yang dengar cerita ni pun rasa nak minum air sirap beb.

what's the point dia taja ICT-things kat sekolah tu tapi siap hentam-hentam profession guru. ikhlas tu penting..ko tak sekolah agama ke?ke ko belajar sendiri ilmu agama tu?!..ko tu datang sekolah pakai jeans..mane disiplin ko? pengarah konon...pengarah my *s*!..aku rasa semua sekolah mengutamakan disiplin. aku pun terkena tempias disiplin sebab bini aku adalah penolong guru disiplin sekolah...pergh...tak boleh nakal-nakal kat rumah -_-

Monday, January 4, 2010

hidup tak semestinya sedap

bak kata walls...hidup biar sedap..hidup biar sedap my ass!!!..haha..
mimpi pertama aku kat rumah sewa adalah....

Saga SE aku kena curi dengan awang hitam. berderau siot darah aku mase bangun tido tu. terus check kuda puteh aku, nasib still alive & kicking...

hujung minggu ni cadangnye nak pekena setimBOT kt dataran jay bee dengan rakan-lepak-sewaktu-bujang. ngeh3...nak bako2 member yg masih bujang..adakah korang tau gaji pemain bola di malaysia berape riban?!...lebih besar dari graduate ijazah..malah ade yang bergaji LIMA angka...apakah?..cruel life?...selamat datang ke dunia..hehe..this is what human called LiFE!.

kena hadapi ketidakadilan dalam dunia ini dengan tabah. walaupun perit nak telan...hai dunia..opss..sudah waktu lunch..daa

Thursday, December 31, 2009

1431 Hijrah 2010 Masihi

Bukan main lagi persiapan 2010. kilang aku lak cuti sempena sambutan 2010 ni walhal negeri Johor cuti awal muharam..nasib badan kerja dengan company omputeh. nak balik bini aku sibuk meeting..maklum la cikgu, waktu2 nak naek sekolah memang bz dengan meeting.

ingat nak balik air tawar tapi kena tangguh. lagipun omak aku kt sini. berjaya jugak omak aku beradu kt rumah sewa aku ni. rumah sewa ni nice cuma aku guna ejen..tu yg mcm gampang tu. called punya la banyak kali..last2 die pass kat member die..menyirap..kalo dah kena campak dalam furnace ejen ni jangan tanya la kenape!!..buat masa ni aku tengah bersabar. dapat rumah baru yang lebih dekat dgn sekolah bini aku nnt..hilang la kesabaran aku nnt..hehe..dah la sewa 450.ejen fee lagi. masa awal2 jumpa..janji manis..bla..bla...bla..so untuk mereka yang mahu mencari rumah sewa kat pasir gudang, jangan guna ejen..macam gampang jadinye nnt..baek deal dengan tuan tanah terus..leh kawtim!
banyakKKKKkkkkKKkkKKKkkk perkara telah berlaku pada tahun 2009 ni...sebenarnya tak tahu nak tulis ape..ngeh3...tgh donlod CM07..nk donlod yg latest laptop bini aku tak berapa nk support..haha..CM07 ini akan menghilangkan kebosanan aku sewaktu bini aku g meeting kat sekolah. wish me luck..

p/s: lame tak tengok wayang...ketidakstabilan menghalang...Ya Allah..Berkati hambamu ini..

Wednesday, December 30, 2009

Sibuk

Ape kebende yg buat aku sibuk?!sejak Krismas aritu...rumah sewa..pak & ibu mertua datang bersama adek2 ipar aku yang lain. dieorg bawa barang yg agak penting iaitu mesin basuh!!..auto tu..mesin basuh ini bukan dibeli tetapi dihadiahkan kepada aku & ain sempena hadiah perkahwinan aku. berjuta-juta terima kasih kepada Dya yg telah berjaya mengoyakkan poket beliau utk membeli mesin basuh tu.hehe..disebabkan pak mertua tak berapa nak tahu jalan pasir gudang ni..macam aku expert sgt je...cerita seterusnya akan menyedarkan korang yang aku lom expert jalan pasir gudang ni.aku kena jemput pak & ibu mertua & adek2 ipar kat SMK tmn pasir puteh sbb tu je tempat yg senang dituju..
Dalam pukul 1.30pagi jugak aku kne jemput dieorg.smp2 je terus bawa keluar barang dari van. siapkan tempat beradu keluarga "baru" aku ni..anak buah aku najla yg baru nak masuk darjah satu lepak skali dgn pak ucu kesayangan die..haha.. pak mertua tak berapa nk sehat..kaki die meragam..jln pn cm azab je aku tgk..terharu gak aku tgk kesemangatan pak mertua aku ni. Pagi tu sarapan kt rosni cafe. tgh ari aku bw ayah,anis,amir & amin p solat jumaat kt poli. si amin aka adek ipar aku yg bongsu merengek nak X-BOX sbb die mintak ibu X-BOX mase ibu tgh mamai bgn tido..ibu mengiyakan je permintaan amin nak X-BOX..ntah ibu tau ape tu X-BOX ntah tak=p . pas solat jumaat tu kteorg siap p jusco tebrau utk mencari X-BOX..tapi malang nye...xde X-BOX dijual di jusco tu..watta joke..harap je beso namampus tapi X-BOX tarak...or kteorg tak jumpa. utk pengetahuan korang..perjalanan dari pasir gudang ke jusco, najla non-stop bercakap. dah macam radio pn ade aku tgk anak buah aku ni..dusHhh..~

ingat otw balik jusco nak singgah kedai letrik..ibu & ayah nak belanje peti sejuk=) sekali aku bagi salah jalan...terus punya terus smp jalan mati. malu siotTtt..haha..lantak la..tp jumpa la jln pulang & hasrat ayah nak lalu masai termakbul..dolu2 ayah keje kat pasir gudang..sweet memory gitu. cancel plan beli peti sejuk tapi balik umah dulu siap2 & p umah mimah akak aku yg dok kat jln helang. sblm kawen aku bermastautin kt umah die & pas kawen seminggu aku lepak umah die. najla tinggal sbb esok aku kne p kahang barat george kawen. yg tak boleh belah tu si najla ni nangis teresak-esak pas kteorg balik..puji2 mak ucu die baek & etc..huhu..
esok pagi usha kedai letrik beli esbok..syukur sgt2 sbb ibu ayah belanje esbox ni. boleh la ain masak2 pasni..pastu ayah ibu terus lincah p jusco kt taman U plak & terus blk segamat. aku & ain blk segamat tapi aku singgah kahang barat. aku gerak ngan biskut & tunang naek tapi lain kereta. jauh la siot nak g kahang barat tu. smp2 je ade ijal, capang, bob dragon. aku terus melantak, lapo la siot jalan jauh. bini george ni dapat posting pasir gudang..mmg berkampung la mrsm muar 01/02 kt pasir gudang ni.

pas salam kokot kt bapak nye george terus lincah..tibe2 ibu called yang ayah ngidam keladi minyak. singgah kedai tepi jalan kat ayer hitam beli keladi. smp segamat dah petang. esok nye p keje kahwin blkg rumah & terus lincah balik pasir gudang sebab aku aku game bola kt tg puteri resort pny padang lawan MMHE. tapi aku kne anto anis p UTM dulu baru gerak pasir gudang. hujan renyai2 masa aku maen bola..posisi aku seperti biase seperti Torres..haha..maen first half je sebab penat namampus..penat2 pun berjaya sumbat satu gol..

esok kerja dengan kaki yg macam nak cramp & badan bisa2...adus...

Wednesday, December 23, 2009

aku adalah suami orang




baru dua minggu aku bergelar suami orang.

sibuk kemas rumah yang aku & bini aku sewa.

ntah biler dapat duduk pun tak tau sebab memang kosong je rumah tu.

amat menjengkelkan pemandangan aku.

yang ada cuma hadiah-hadiah kahwin.