Monday, February 28, 2011

Syukur



Sekian. Dah pergi buat kerja. Jangan nak blog-walking je.

Friday, February 25, 2011

Anjing Liar


Aku nak sentuh topik ini sebab baru tadi aku lihat after scene terlanggar anjing. Aku pula dilanggar anjing aka Johnny tapi aku bernasib baik Gelombang X aku tidak cedera. Anjing liar di kawasan perindustrian di Pasir Gudang aku tengok macam cendawan tumbuh selepas hujan.

Kembali kepada kemalangan pagi tadi. Ia membabitkan sebuah motor yang dinaiki sepasang suami isteri dan seekor anjing. Pasangan suami isteri itu telah tiada di tempat kejadian atau telah di papah ke dalam kereta manakal seekor anjing kelihatan terbaring di seberang jalan. Tiada siapa yang tolong anjing itu manakala geng anjing yang cedera itu menyalak macam bulan tengah mengambang.

Apa aku nak tekan kan di sini adalah MPPG seharusnya mengambil berat perkara ini sebab ia membabitkan nyawa mereka yang bekerja di kawasan perindustrian especially yang menaiki motor. Sekian.

Thursday, February 24, 2011

Koperasi Permodalan Felda (KPF)




Antara keuntungan jadi anak peneroka adalah boleh melabur dalam KPF. Pengerusi Anggota Lembaga KPF adalah bapak member aku. OK ini tiada kena mengena. Dividen KPF adalah sangat tinggi berbanding ASB[sumber].

Aku baru daftar KPF sebab baru tahu keuntungan kalau masuk pelaburan ni. Ini bukan MLM atau yang sewaktu dengannya. So anak-anak Felda di luar sana jangan lepaskan peluang ini. Kalau dividen ASB 7%, dividen KPF 10% ke atas...sila WOW..

Wednesday, February 23, 2011

PCEO 3-0 PC SNP



Aku confirm tak score walaupun menang. Sampai-sampai terus kena masuk ganti orang pancit. Dengan tak warming up..Warming up dalam padang je..lawak..Hancur..Main midfield kanan. Tiada aksi pegang-pegang pinggang cuma tidak cukup nafas aka nafas di hujung arse.


Rating untuk diri aku adalah -10 dari 10.haha.. Control ball macam sampah. Tapi puas hati sebab dapat main bola setelah sekian lama bertapa yang tiada hasil.

Tuesday, February 22, 2011

Mari Bersokan



Petang ini ada lawan bola kat padang Kastam. Perlawanan competitive terakhir aku sebelum bulan Ramadhan tahun lepas. Malam ni bini aku kena sediakan balm.haha..

Dengan memakai baju pejabat ke padang mesti orang akan ingat aku manager tetapi mereka silap sebab aku adalah penyerang berbisa PCEO (Pan Cantury Edible Oil). Aku nak pakai baju nombor 9. Antara sebab utama adalah aku penyerang utama. Sebab lain adalah aku hanya bermain 9 minit sahaja. Lebih 9 minit lari pegang pinggang.

Zaheen dah hustle meniarap. As easy as ABC si Zaheen meniarap. Bontot asik terangkat masa meniarap. Bertuah punya anak. haha..

p/s: when there's a will, there's a way.

Monday, February 21, 2011

Hikmah Di Sebalik Kejadian


Sejak berkahwin ni, banyak erti kehidupan aku belajar yang tidak mungkin diperoleh ketika bujang. Masalah? Semua orang ada masalah atau lebih dikenali dengan dugaan. Cara kita menghadapi masalah adalah sangat penting sebab ia akan menentukan ia akan diselesaikan dengan mudah atau dengan penuh ranjau.

Kekuatan mental memang penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Eh..dah macam pakar motivasi aku ni.haha..sekian.

p/s: hamba Allah yang nak datang tu tak jadi datang..::evil::

Saturday, February 19, 2011

Festival Layang-Layang Sedunia Ke-16 2011 - Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang



Bukit Layang-layang dah makin sesak aku tengok setiap petang. Mana tidak, orang ramai datang nak lihat layang-layang. Aku memang tidak berkenan pergi tempat orang yang ramai.haha..Nasib esok hari terakhir.

Aku nak salahkan festival ini sebab ada hamba Allah ni yang sangat-super-duper-dewa kedekut haji-bakhil-tahi-hidung-super-duper-dewa masin yang kemungkinan akan 'berteduh' di rumah aku walhal aku dah kasi tahu mak aku sedang 'bercuti' di rumah aku. Gaji besar tapi sewa hotel-super-duper murah kat Pasir Gudang pun tak mampu..eh silap, bukan tidak mampu tapi kedekut. Aku bukan tak bagi..eh memang tak bagi bermalam sebab aku perlukan REHAT lebih-lebih lagi aku dah tahu perangai hamba Allah laki bini ni serta anak-anak mereka.

Sekian untuk hari ini.


p/s: mintak-mintak hamba Allah tu tidak jadi datang..

Thursday, February 17, 2011

Sihat Tak Sihat Sihat Tak Sihat Tak SIhat..Sihat


Sejak dua tiga empat menjak ni, kesihatan tidak berapa nak bagus.

Semoga kesihatan aku akan kembali seperti normal. 22hb ni ada perlawanan persahabatan bola. Macam tak dapat nak main.

Semoga siapa yang singgah blog aku ni mendoakan kesihatan aku pulih. hee..thanks=)

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul



Ramai orang tahu bila Nabi Muhammad saw lahir tetapi tidak tahu bila Nabi Muhammad saw wafat. Aku petik dari ustaz Zaharuddin.

Soalan

Saya mendapat pelbagai tarikh berkenaan dengan lahir dan wafatnya baginda nabi SAW. Menurut ustaz, bilakah tarikh lahir dan wafat nabi SAW berdasarkan riwayat yang paling tepat ?

Jawapan

Menurut kemampuan, ilmu dan rujukan yang saya ada, Baginda SAW lahir pada hari Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) dan berdasarkan riwayat yang terkuat, ia adalah dalam tahun Gajah ( Al-Hakim dengan sanad yang terdapat unsur 'tadlis' pada Abi Ishak tetapi terdapat dua riwayat yang saling menguat antara satu sama lain sehingga naik ke taraf hasan Lighayrihi ; As-Sirah An-Nabawiyyah As-Sohihah, Dr Akram, 1/96)

Malah bukti-bukti sejarah yang disulami dengan pelbagai riwayat-riwayat juga membuktikan baginda lahir dalam tahun Gajah.

Para ulama telah berbeza pendapat dalam menentukan tarikh tepat lahirnya baginda SAW. Ibn Ishak menyatakannya pada 12 Rabiul Awwal (Sirah Ibn Hisham, 1/171 , tanpa sanad). Bagaimanapun, ini adalah pendapat yang paling kuat menurut Prof. Dr Akram Dhiya Al-'Umari.

Wafat

Menurut Imam Ibn Hajar, tarikh wafatnya Baginda SAW pula adalah jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal, tatkala baginda berumur 63 tahun. ( Riwayat Al-Bukhari, 8/150). Iaitu setelah baginda geirng selama 10 hari menurut riwayat Sulayman At-Tamimi yang dikeluarkan oleh Al-Bayhaqi dengan sanad Sohih .

Baginda mula mengadu kurang sihat adalah semenjak tahun yang ketujuh selepas pembukaan Khaybar, iaitu selepas memakan sepotong daging kambing yang beracun yang diberikan oleh isteri Sallam Bin Mashkam yang berbangsa Yahudi, walaupun baginda mengeluarkan semula dan tidak menelan daging itu, racunnya masih berjaya memberi kesan. ( Al-Bukhari, 8/131 Fath Al-Bari)

Baginda telah meminta isteri-isteri baginda untuk merawatnya di rumah Aisyah dan anataranya adalah dengan mengusap kesakitan itu dengan tangan baginda kerana keberkatannya dan dibacakan dua Qul. ( Al-Bukhari, 8/141 ; Ahmad, 21/226 )

Nabi Anak Yatim - Raihan

Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Mekkah Mukaromah
Ibu susunya Halimatus Sa`diah

Ayahnya meninggal dunia
Ketika Nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga bayinya

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari makam suaminya
Aminah jatuh sakit di ‘Abwa
Kembali ke alam baka

Tinggallah Nabi seorang diri
Hilang insan yang dikasihi
Tinggallah Nabi seorang dari
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Shalallahu ‘alaa Muhammad
Shalallahu ‘alaaihi wassalam

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Hidupnya yatim, yatim piatu
Namun dialah manusia agung

Sunday, February 13, 2011

Aku Sedang Menganggur


Aku dengan rasminya menganggur.haha..eh suka pulak menganggur. Mesti la suka sebab aku menganggur sampai Maulidur Rasul je. Barang-barang kilang lama aku tak pulang lagi macam jaket dan safety boot.

Nanti jumpa lagi budak-budak ex-kilang aku sebab aku join family day kat Star Hill.haha. Peduli apa aku,nak join gak. Owh..ada orang order Cheese cake TIGA. Mari membuat cheesecake.

Thursday, February 10, 2011

Tiada Tajuk


Dunia ini memang tidak adil, cuma aku baru perasan sekarang lagi-lagi setelah berkeluarga. Malam tadi tengok 360 memang menusuk jauh ke dalam hati. Aku ingat dulu masa datang Kuala Lumpur naik bas, sebelum ni datang Kuala Lumpur dengan kereta. Sampai kat Hentian Puduraya awal pagi, aku nampak orang tidur atas lantai. Berjemaah pulak tu dan setelah berpuluh tahun masih ramai yang tidur bersepah di kaki lima.

Selepas mendengar banyak cerita yang bini aku bawa dari sekolah, agak sukar untuk mengawal emosi. Alasan bini aku bersabar adalah sebab belum sah jawatan. Dan bukan bini aku sahaja mengalami nasib sama malah ada yang lebih teruk. Aku sudah malas cerita pasal sekolah bini aku. Life is too short to waste time hating anyone. Biar tuhan sahaja yang balas. Aku menyalak dalam blog ni pun belum tentu si Markom buat tindakan, apatah lagi PPD.

Sejak ada Zaheen, cukup bertentang mata mampu menghilangkan segala penat lelah aku. Biasa balik kerja peluk bini, sekarang cuci tangan,muka dan kaki terus peluk Zaheen.haha..

Wednesday, February 9, 2011

Tuesday, February 8, 2011

Aku dan Pria Malaya


Ahad lepas, aku dengan bini aku keluar bawa Zaheen jalan-jalan. Sampai je rumah, masa aku nak tutup gate rumah ada seorang pria malaya menyapa aku. Aku pun menjawab sapaan pria malaya ni. Aku ingat jiran tetapi menantu jiran je rupanya. Siap bagitahu aku yang dia kerja sendiri dan ini membuatkan aku rasa agak hairan. Bibit-bibit annoy aku mula kelihatan sebab pria malaya cakap aku jarang nampak kat rumah. Padahal si pria malaya ni bukan tiap-tiap hari lawat mak mertua dia.

Dan soalan yang bakal aku nantikan pun berkumandang, pria malaya bertanya aku ada polisi insurans atau tidak. Owh aku memang tidak berkenan kalau di approach sebegini. Siap tanya bila free sebab dia nak promote insurans dia. Terus aku cakap susah sebab aku kerja shift. Pembohongan berlaku untuk menjaga hati serta menyelamatkan diri aku. Siap mintak nombor telefon aku dan miss call takut aku tipu nombor.haha.

Siap puji-puji Tehcik, bukan main nak ambil hati aku. Aku agak annoy sebab masa tu dah nak maghrib dan macam tak kasi aku tutup gate semata-mata nak borak dengan dia. Aku dah pegang-pegang gate tu dengan harapan pria malaya ini faham body language aku tapi ternyata aku silap. Last-last dia dah tak ada point nak cakap terus aku cakap nak masuk dulu.


sekian.


p/s: musim tidak sihat sedang melanda.

Monday, February 7, 2011

Berbaloi


Berbaloi tidur selepas pukul 2 pagi. Owh..Minggu ini adalah minggu terakhir aku kat kilang ni. Minggu lepas dah macam aku yang sambut tahun baru cina sebab cuti seminggu.


Pemain Torres-LESS Liverpool, MeireLESS menjaringkan gol ala-ala kungfu.

Saturday, February 5, 2011

Kisah Malam Banjir di Segamat



Sebagaimana yang anda tahu, pengalaman menghadapi banjir sangat memeritkan lagi-lagi dengan dua orang tetamu kehormat. Hanya aku,bini aku,adek,anis,aini,aten, amin serta mak mertua aku mengalami gangguan emosi dengan kehadiran tetamu ini. Eh aku tak terganggu kot emosi.

Tetamu ini adalah dua orang gadis. Yang paling emo adalah bini aku..wakakaka..Tapi watak paling jahat adalah aten sebab beliau yang paling gembira sambil menunjukkan gaya tangan sambil menggenggam buku lima ekspresi suka gadis itu sudah balik. Apa yang menjengkelkan mengenai gadis itu?! Mereka super-duper-sangat malu tahap dewa dengan aku, adek, anis dan amin(ini budak lagi pun nak malu ke?). Mereka paling blushes dengan adek. Dengan doktor mestilah blushes-blushes sikit baru la ayu gitu. Nak ajak makan bukan main susah tapi bila sudah lekat bontot pada kerusi meja makan, terus tumbuh akar bontot kat kerusi.

Siap tongkat dagu lagi tunggu waiter aka bini aku hidangkan..Dengan air paip tak keluar dan bergantung harap pada air hujan yang ditadah dengan kawah,baldi serta bermacam bekas. OK sambung balik pasal gadis ini. Dah makan terus tinggal meja makan tanpa kemas or whatsoever kecuali cuci pinggan sendiri. Masa makan pun langsung tidak pelawa tuan rumah aka mak mertua aku.

Aku tidak reti cerita berapa details sebab bini aku yang tahu lebih details. Masa air paip dah tiada, nak buang air pun malas sebab kena angkut air dari luar masuk dalam. So fikir dua tiga kali kalau nak buang air tapi kalau sudah tahap kritikal baru buang air.haha..


p/s: dua gadis itu bukan seperti gambar di atas. Jauh bumi dengan pluto.

Tuesday, February 1, 2011

Banjir Di Segamat 2011 - UPDATE 1 Februari 2011


Hujan telah berhenti. Tetapi cuaca masih suram, matahari nampak kelibat tetapi hanya untuk seketika. Jalan keluar Jalan Temenggong masih dinaiki air tetapi boleh dilalui oleh kenderaan. Gambar diambil di antara pukul 11 pagi - 1 petang.










Ada nelayan menjala di situ.







Wartawan banjir Segamat.

Jem teruk sebab hanya jalan selepas jambatan kedua boleh dilalui.






Ini jalan selepas jambatan pertama, tidak boleh lalu.



Ada wartawan sami buddha di rel keretapi segamat.


ini bukan diambil dari bot tapi dari Saga aku.





Aku masih tidak boleh keluar Segamat sebab lalui masih ditutup untuk kenderaan ringan. Harap esok keadaan pulih seperti sediakala..Amin. Keseluruhan air semakin surut cuaca ni unpredictable so harap semua berdoa semuanya akan pulih.

-wartawan tidak bergaji-